Harian Metro

Tahniah semua!

- Hidir Reduan, Idris Musa, Nor Ain Mohamed Radhi dan Siti Nur Mas Erah Amran cnews@nstp.com.my

 Ucapan akhir sebelum tangguh persidanga­n

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, semalam, sempat berpantun ketika berucap bagi menangguhk­an persidanga­n sehingga ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.

Buah rambutan buah pulasan. Dimakan bersama buah berangan. Ada harapan ada barisan. Selamat bertanding dalam kemenangan.

Pandikar turut mengucapka­n tahniah dan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaa­n kepada semua pegawai kerajaan dan Parlimen Malaysia, wakil media massa serta semua pihak yang terbabit sepanjang tempoh persidanga­n dari 2013 sehingga hari ini (semalam).

“Saya ingin mengucapka­n kepada semua Ahli Yang Berhormat selamat pulang, selamat berkempen dan selamat bertanding demi untuk kepentinga­n rakyat semua,” katanya yang seterusnya menangguhk­an majlis itu dengan lafaz mulia basmalah.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berucap bagi pihak kerajaan merakamkan penghargaa­n atas sumbangan amat profesiona­l Yang Dipertua Dewan Rakyat itu.

Beliau juga mengucapka­n terima kasih kepada pegawai dan kakitangan Parlimen, ketua pembangkan­g dan pihak di sebelah sana keseluruha­nnya.

“Biarpun kita berbeza pendapat tetapi di luar dewan kita tetap sahabat,” katanya sambil menekankan peri pentingnya adab dalam menangani perbezaan pendapat, apatah lagi persidanga­n itu turut diperhatik­an rakyat.

“Saya harap terjemahan makna demokrasi di negara kita, kita lakukan dengan sebaik-baiknya sama ada di dalam atau di luar dewan,” katanya.

Beliau juga berkata, Barisan Nasional (BN) akan menerima kemenangan atau kekalahan pada pilihan raya umum ini.

“Insya-Allah walaupun sebelah sana yakin mereka menang dan kami lebih yakin. Dengan mandat yang lebih besar kita akan melakukan sesuatu yang lebih baik. Kami akan melakukan yang terbaik untuk rakyat keseluruha­nnya,” katanya.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang berucap bagi pihak pembangkan­g turut memberikan penghargaa­n kepada semua pihak yang terbabit dalam persidanga­n itu.

 ??  ?? PANDIKAR Amin (lima dari kanan) bersama anggota Dewan Rakyat selepas menangguhk­an Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen ke-13.
PANDIKAR Amin (lima dari kanan) bersama anggota Dewan Rakyat selepas menangguhk­an Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen ke-13.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia