Harian Metro

‘Berhati-hatilah...’ Waspada mainan persepsi

- Fairul Asmaini Mohd Pilus dan Julia Fiona cnews@nstp.com.my

Putrajaya: UMNO tidak menolak unsur sabotaj didalangi pihak tertentu menjadi punca kepada penahanan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar di sebuah pusat hiburan di ibu negara, Isnin lalu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, unsur sabotaj mungkin dilakukan pihak di dalam dan juga luar parti berikutan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang semakin hampir.

“Kalau kita lihat dua minggu lalu, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani turut menjadi mangsa dan dua tiga hari lalu, Datuk Rizalman pula kena, nanti tiga atau empat hari lagi kita tidak tahu siapa pula yang akan terkena.

“Kita lihat ini musim

bagi ahli politik dan mungkin pihak berkenaan tahu barang kali kita mempunyai calon yang kuat yang akan beri saingan kepada mereka pada PRU-14, maka mereka cuba nak lunturkan apa yang ditetapkan parti.

“Jadi, ini masalah yang terpaksa dihadapi ahli politik, saya nasihatkan mereka khususnya ahli politik Barisan Nasional (BN) berhati-hatilah kerana ada orang tertentu yang sanggup mencari kesilapan kita,” katanya kepada media selepas melancarka­n Program Bantuan Pemakanan anjuran Yayasan Wilayah Persekutua­n (YWP) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 18 (1), semalam.

Kelmarin, Rizalman pada satu sidang media mendakwa disabotaj dan memaklumka­n tidak pernah terbabit dalam aktiviti pengambila­n dadah dan yakin itu adalah satu perangkap terhadapny­a bertujuan merosakkan nama baiknya.

Permainan persepsi menerusi medium media sosial dianggap paling efektif dalam menyebarka­n mesej yang tersirat serta mempengaru­hi golongan muda.

Menurut Pakar Strategis Geopolitik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Profesor Madya Dr Azmi Hassan, ia dianggap strategi paling berkesan kerana gambar dan berita yang disebarkan sudah dirancang lebih awal.

Justeru kata beliau, permainan persepsi membabitka­n Gerak Saraf Perang Saraf (GSPS) terutama membabitka­n isu politik dan kerajaan itu wajar diberi tumpuan memandangk­an modus operandiny­a menggunaka­n

 Strategi politik tertentu sebar mesej tersirat melalui media sosial

media sosial.

“Isu politik kini dianggap kritikal dan menjadi bualan masyarakat 24 jam sehari menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Untuk itu, orang ramai termasuk pemimpin kerajaan perlu berhati-hati dalam menghadapi permainan persepsi yang dimainkan pihak tertentu di media sosial,” katanya pada sesi bual bicara Percaturan Persepsi Mengaburi Pemikiran Rakyat di Bangunan BAKTI Siti Hasmah, semalam.

Sesi bual bicara itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI).

Mengulas lanjut mengenai permainan persepsi, Azmi berkata, dalam isu cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) contohnya, ada pemimpin kerajaan yang sebelum ini mengeluark­an kenyataan mengaitkan sistem cukai itu dengan harga barang di pasaran.

Sedangkan tujuan utama GST kata Azmi, adalah untuk memastikan peniaga tidak lari daripada membayar cukai kepada kerajaan selain untuk membantu pembanguna­n negara.

“Namun, kenyataan pemimpin itu sudah diputar belit (dipolitikk­an) serta diviralkan menyebabka­n orang ramai percaya apa yang disebarkan di media sosial berbanding fakta sebenar,” katanya.

 ??  ?? RIZALMAN
RIZALMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia