Harian Metro

Jasa PM kepada rakyat Sarawak terlalu banyak

-

Sepang: Komitmen dan jasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat Sarawak terlalu banyak, malah jauh sekali jika mahu dibandingk­an dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Naib Presiden Kanan, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pelbagai bentuk pembanguna­n dibawa Najib di Sarawak sepanjang sembilan tahun bergelar Perdana Menteri berbanding 22 tahun pemerintah­an Dr Mahathir.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya berkata, dalam tempoh sembilan tahun kebelakang­an ini juga, lebih 170 lawatan dilakukan Najib di pelbagai kawasan di Sarawak.

“Bayangkan, kita nak minta naikkan royalti minyak pun dia (Dr Mahahir) dah bising.

“Berbanding Datuk Seri Najib, beliau lebih terbuka dan kita dapat lihat pembanguna­n lebih agresif dan pesat di Sarawak. Dalam tempoh sembilan tahun ini juga, kita dah (sudah) dapat Lebuhraya Pan Borneo yang kita tunggu sejak sekian lama,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan surat setuju terima dan permulaan projek Pusat Kebangsaan bagi Keselamata­n Makanan (NCFS), semalam.

Selain itu, Fadillah berkata, Perdana Menteri turut mengembali­kan pemilikan Empangan Hidroelekt­rik Bakun di Belaga, Bintulu sekali gus memberi hak pentadbira­n kepada kerajaan negeri untuk menguruska­n empangan berkenaan.

Menurutnya, beliau sedar rakyat Sarawak mahukan seorang Perdana Menteri yang memahami dan berjuang bersama-sama mereka dan Datuk Seri Najib adalah pilihan terbaik yang ada.

 ??  ?? FADILLAH (tiga dari kiri) menyerahka­n surat setuju terima dan memulakan kerja kepada Wakil Syarikat Perwira Indah Jaya, Faizal Kudus pada majlis Penyerahan Surat Setuju Terima dan Permulaan Projek NCFS, semalam.
FADILLAH (tiga dari kiri) menyerahka­n surat setuju terima dan memulakan kerja kepada Wakil Syarikat Perwira Indah Jaya, Faizal Kudus pada majlis Penyerahan Surat Setuju Terima dan Permulaan Projek NCFS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia