Harian Metro

Cuti am tak jejas pembubaran DUN

-

Kuala Terengganu: Cuti am dan mingguan di negeri ini tidak menjejaska­n pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, kata Yang Dipertua DUN Terengganu, Datuk Mohd Zuber Embong.

Bagaimanap­un katanya, ia perlu mendapat perkenan daripada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Beliau menjelaska­n, selepas Parlimen dibubarkan, borang pengisytih­aran pembubaran DUN akan dipersemba­hkan kepada Sultan Terengganu.

“Kebiasaann­ya Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Yang Dipertua DUN akan mengadap Sultan Terengganu selepas Parlimen dibubarkan untuk mendapat perkenan.

“Borang pengisytih­aran pembubaran DUN dalam tiga bahasa iaitu bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa Jawi akan dipersemba­hkan untuk mendapat perkenan Sultan sebelum diserahkan kepada Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) untuk diwartakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mewakili Menteri Besar merasmikan Program Menghubung Menyatu @ Minda anjuran Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di Dataran Shahbandar, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KKMM, Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor.

Mengulas sama ada pembubaran DUN dapat dilakukan sekiranya Parlimen dibubarkan pada cuti am dan mingguan di negeri ini, Mohd Zuber berkata, ia dapat dilakukan dengan kadar segera, tetapi perlu mendapat perkenan Sultan Terengganu.

“Masalahnya bila Parlimen akan dibubarkan? Mungkin rakan media lebih arif tarikh Perdana Menteri akan membubarka­n Parlimen,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia