Harian Metro

Tiada kesan buruk

-

pandai bergaul berbanding mereka yang hanya duduk setempat atau asyik dengan gajet.

“Malah, Saidina Umar Al-Khattab sendiri pun mengajak penduduk Syam supaya mengajar anak-anak berenang, memanah dan menunggang kuda, itu juga dikategori­kan sebagai aktiviti lasak.

“Semua aktiviti pun ada baik buruknya,” katanya.

Menurutnya, sehingga ke hari ini, anaknya tidak mengalami sebarang masalah sepanjang mengikuti aktiviti bersamanya malah dia nampak lebih ceria.

Kuala Lumpur : “Tiada kesan buruk kepada kanak-kanak atau bayi jika dibawa ke kawasan pergununga­n yang biasa.”

Itu yang dinyatakan Pakar Kanak-kanak di Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL), Dr Eric Lee Kim Hor ketika diminta mengulas mengenai kanak-kanak, Noah Hannan, setahun, yang dibawa ke kawasan pergununga­n sejak berusia enam bulan lagi.

Menurutnya, tiada isu atau kesan buruk kepada kanak-kanak itu sekiranya ibu bapanya sudah melakukan persediaan atau kajian mengenai kawasan itu terlebih dahulu.

“Bagi ketinggian biasa ia tidak menjadi masalah. Tetapi sekiranya ibu bapa hendak membawa kanak-kanak kecil ke Gunung Kinabalu atau Gunung Everest, saya tidak akan menyokong tindakanny­a.

“Untuk ketinggian seperti itu, paras oksigen adalah kurang dan ia akan membahayak­an kanak-kanak itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, ibu bapa perlu membawa semua kelengkapa­n termasuk pakaian panas dan makanan secukupnya bagi kanak-kanak itu.

Eric berkata demikian ketika diminta komen mengenai Noah, anak kepada pasangan Murshid Maktar, 31, dan Amrina Rasyada, 27, yang mula ‘menjelajah’ Gunung Brinchang, Cameron Highlands pada usia enam bulan. Kuala Lumpur: Meskipun berada di bandar Shizuoka di Jepun beribu-ribu kilometer dari kampung halamannya di Sungai Petani, Kedah namun jiwanya sentiasa berada di negara ini.

Itu yang diluahkan Dinesvaran Krishnan atau lebih mesra dikenali sebagai Duke, atlet sukan ragbi Malaysia yang kini bermain di Jepun.

Dinesvaran yang bermain untuk pasukan Yamaha Jubilo yang juga sebahagian daripada Liga Tertinggi ragbi Jepun adalah rakyat Malaysia kedua bermain di negara lain selepas Marc Le yang pernah bermain di liga ragbi profesiona­l di luar negara.

Malah, Le yang memperkena­lkan Dinesvaran kepada ejennya di Jepun bagi menyusun jalan lelaki muda itu dalam ragbi antarabang­sa.

Meskipun namanya bersinar di negara matahari terbit itu, namun tidak ramai yang mengenalin­ya terutama yang memilih kerjaya sebagai pemain ragbi profesiona­l.

Dinesvaran pernah bermain untuk pasukan ragbi kebangsaan bawah 20 tahun dan menghabisk­an tujuh tahun sebagai sebahagian daripada ahli Persatuan Gabungan Bekas Pemain Ragbi namun pencapaian­nya itu tidak dapat menarik perhatian kelab antarabang­sa sehingga ejen menunjukka­n persembaha­nnya kepada Yamaha Jubilo pada 2013.

“Karier saya bersama pasukan Jepun itu bermula 2013 dan saya berbangga kerana berada bersama Team of the Season di Jepun itu pada zaman kegemilang­annya pada 2015.

“Seterusnya, kami dapat memasuki pusingan akhir Liga Utama Jepun selain memenangi Kejohanan Ragbi Seluruh Jepun selepas 54 tahun,” katanya kepada Harian Metro.

Walaupun berjaya di arena antarabang­sa, Dinesvaran tidak pernah melupakan Malaysia.

“Bagi setiap pemain ragbi atau atlet, tidak kira sejauh mana anda pergi ke kelab antarabang­sa. Ia sentiasa menjadi kebanggaan apabila anda pulang ke rumah dan bermain untuk pasukan kebangsaan.

“Bagi saya, bermain untuk pasukan kebangsaan seperti melayani negara saya kerana ia adalah panggilan dan tugas saya untuk Malaysia,” katanya.

Dinesvaran yang mempunyai ketinggian 198 sentimeter berkata, keluargany­a pada awalnya tidak berminat untuk dia menyertai Yamaha Jubilo.

Selepas tamat pengajian di sekolah menengah pada 2007 dia menyertai Bukit Mertajam Rhinos untuk bermain ragbi.

“Ibu bapa terutamany­a meminta saya mendapatka­n pekerjaan yang lebih serius dan bukan terus bermain seperti kanak-kanak.

“Bagaimanap­un,

akhirnya dengan berkat usaha dan restu mereka saya berlepas ke Jepun,” katanya.

Walaupun pada awalnya bergelut dengan kerinduan dan kesukaran menyesuaik­an diri dengan budaya baru, baik di lapangan dan di luar, Dinesvaran bertahan di negara itu hingga hari ini.

“Saya yang akan genap berusia 30 tahun Mei ini merancang untuk bersara dalam masa tiga atau empat tahun.

“Selepas itu, semestinya saya akan menabur bakti semula kepada negara ini dalam aspek lain tetapi masih dalam sukan ragbi,” katanya yang merahsiaka­n perancanga­n masa depan itu.

Dia, yang percaya kepada kebolehan pasukan ragbi kebangsaan turut menasihati semua pemain jangan terlalu memikirkan atau memandang tinggi status lawan.

“Jangan tetapkan mentaliti kita tidak boleh tewaskan contohnya Afrika Selatan kerana apa yang mereka perlu lakukan cuma masuk ke padang, bermain dengan baik dan magis akan berlaku,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? DINESVARAN beraksi untuk pasukan Yamaha Jubilo.
DINESVARAN beraksi untuk pasukan Yamaha Jubilo.
 ??  ?? DINESVARAN bersantai bersama rakan sepasukan Yamaha Jubilo.
DINESVARAN bersantai bersama rakan sepasukan Yamaha Jubilo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia