Harian Metro

Mujur sempat keluar

-

Kuala Lumpur: Pengerusi sebuah bank terkemuka sempat menyelamat­kan diri selepas kereta dinaiki terbakar mendadak ketika melalui Jalan Raja Chulan, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam kelmarin , mangsa dan pemandu peribadiny­a sempat keluar dari kereta mewah dinaiki untuk menyelamat­kan diri.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 7.41 malam.

“Seramai 19 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, BBP Pudu dan BBP Jalan Tun Razak dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati kereta itu terbakar di bahagian enjin sebelum api berjaya dikawal sepenuhnya beberapa minit kemudian,” katanya ketika dihubungi.

Khirudin berkata, pemeriksaa­n lanjut mendapati kereta itu terbakar kira-kira 60 peratus.

“Bagaimanap­un, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana mangsa berjaya menyelamat­kan diri. Punca kejadian masih disiasat anggota Unit Forensik Bomba,” katanya.

“Sebelum ini, masyarakat bebas menulis dan menyebarka­n apa saja berita tanpa perlu pengesahan.

“Kini, semua orang akan lebih berhati-hati, begitu juga dengan organisasi media.”

Demikian kata Pengerusi Persatuan Pendidik Komunikasi, Prof Datuk Dr Adnan Hussein

Beliau berkata, Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar bakal mendidik masyarakat untuk lebih bertanggun­gjawab dalam penyebaran maklumat dan berita di media sosial.

Menurutnya, dengan adanya

 ??  ?? ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran kereta yang dinaiki mangsa.
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran kereta yang dinaiki mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia