Harian Metro

Bangun kawasan risiko banjir

-

Kajang: Kedudukan kawasan tanah yang rendah menjadi antara punca utama kejadian banjir kerap berlaku di Kampung Sungai Jernih di sini.

Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Kajang, Mohd Sayuthi Bakar, berkata kawasan kampung itu lebih rendah jika dibandingk­an dengan kawasan sekitarnya, sekali gus menyebabka­n kampung didiami hampir 1,500 penduduk itu mudah dinaiki air.

Katanya, dalam Rancangan Tempatan MPKj, kawasan kampung itu dikategori­kan sebagai kawasan yang boleh dibangunka­n bagi menyelesai­kan masalah ini untuk jangka masa panjang.

“Kawasan kampung ini terletak di kawasan tanah rendah. Jika tidak dibangunka­n dengan cara meninggika­nnya...kejadian banjir akan terus berlaku.

“Kalau diikutkan, pihak yang lebih bertanggun­gjawab berhubung isu banjir ini adalah pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Bagaimanap­un pihak MPKj turut mempunyai pelan kami sendiri.

“Kami minta pemilik tanah tampil untuk berbincang dengan MPKj supaya kita dapat bangunkan kawasan kampung mereka,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan MPKj Selangor 2035 di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Sayuthi berkata isu pembanguna­n tanah kampung adalah satu isu yang rumit.

“Kita sediakan perancanga­n pembanguna­n ini secara umum. Untuk perancanga­n yang lebih khusus, pemilik tanah perlu tampil dengan cadangan bagaimana kita nak bangunkan kampung mereka,” katanya.

 ??  ?? MOHD Sayuthi
MOHD Sayuthi
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro semalam.
LAPORAN Harian Metro semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia