Harian Metro

Judi melantak

Sindiket sedia tablet bertaruh sambil makan

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

Bertaruh judi hanya dengan menggunaka­n berpuluh tablet hitam disediakan sindiket sambil menjamu selera.

Itu antara modus operandi digunakan pakai sindiket judi dalam talian yang menjalanka­n kegiatan judi di sebuah premis di Bandar Sri Permaisuri, di sini.

Bagaimanap­un kegiatan itu dibongkar selepas pihak polis melakukan serbuan jam 12 tengah malam kelmarin di sebuah di Bandar Sri Permaisuri, di sini.

Dalam serbuan itu, dua lelaki warga Indonesia yang juga penjaga serta pembantu berusia 21 dan 23 tahun ditahan selain dua kaki judi warga Nepal dan seorang wanita tempatan.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, modus operandi sindiket judi dalam talian itu adalah menggunaka­n tablet bagi mengelak kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.

“Kami merampas 10 tablet yang digunakan untuk kegiatan berkenaan dalam serbuan itu selain beberapa satu telefon pintar, alat pengecas tablet dan wang tunai berjumlah RM100 disyaki wang pertaruhan judi dalam talian,” katanya.

Abdul Ghani berkata, pihaknya turut membuat serbuan di sebuah lagi premis di Bandar Baru Bukit Jalil, di sini, yang menjalanka­n kegiatan judi dalam talian, malam kelmarin.

“Dalam serbuan itu, kami menahan dua lelaki warga Indonesia yang berperanan sebagai penjaga dan pembantu premis yang menggunaka­n modus operandi sama iaitu melalui tablet.

“Kami merampas 16 tablet, dua modem WiFi, tujuh alat pengecas telefon, dua telefon pintar dan wang tunai RM150 dalam serbuan itu,” katanya.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing dilakukan terhadap kedua-dua suspek berkenaan didapati negatif dadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia