Harian Metro

Tujuh pelajar disiasat tak hadir

-

Kota Bharu: Tujuh pelajar tingkatan tiga disiasat pihak berkuasa berhubung dakwaan meminum air ketum di sebuah sekolah menengah di Bachok, Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Muhammad Zahari Othman berkata, ia membabitka­n empat pelajar perempuan dan tiga pelajar lelaki.

Beliau berkata, ia susulan penyebaran sebuah video dipercayai berhubung kejadian berkenaan di Facebook (FB).

Bagaimanap­un katanya, polis dan JPN masih menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kejadian itu.

“Saya dimaklumka­n mereka (tujuh pelajar) tidak hadir ke sekolah, sejak video (kejadian) itu tersebar.

“Saya juga perlu duduk semeja dengan beberapa pihak berkaitan untuk menentukan sama ada pelajar itu meminum air ketum atau sebaliknya,” katanya.

Muhammad Zahari berkata, pihaknya memandang serius kes itu kerana ia membabitka­n pelajar sekolah.

Sebelum ini, NSTP melaporkan polis dan JPN Kelantan menyiasat gambar serta video tiga pelajar perempuan dipercayai meminum air ketum, yang tular di media sosial, sejak Isnin lalu.

Kejadian dikatakan pada jam 2 petang Isnin lalu dan dipercayai di luar sebuah sekolah.

Polis kemudian menahan seorang buruh lelaki yang dipercayai menjual air ketum kepada pelajar terbabit dengan harga RM10 sebungkus, pada pagi Selasa lalu.

Sementara itu, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan, Rohayu Ahmad berkata, pihaknya hanya mengetahui kes itu menerusi media sosial.

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR pelajar minum
air ketum
tular di media
sosial.
GAMBAR pelajar minum air ketum tular di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia