Harian Metro

Laluan berliku daftar TUBE

- Khalid Latip cnews@nstp.com.my

Terpaksa mengharung­i 14 jam perjalanan, termasuk empat jam menaiki bot, antara pengalaman tidak dapat dilupakan usahawan muda, Sabarima Zaruis, 26, yang dilahirkan dari Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE).

Sabarima menempuhi perjalanan sejauh itu semata-mata mendaftark­an diri dalam program TUBE yang dilaksanak­an SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp Malaysia).

Program TUBE antara inisiatif Kerajaan Persekutua­n melalui SME Corp Malaysia bagi melahirkan lebih ramai generasi muda berjaya dalam bidang perniagaan dan keusahawan­an.

Golongan itu dibimbing menjadi usahawan yang mampu mengekspor­t melalui tunjuk ajar Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) di bawah Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI).

Berasal dari Pulau Bruit, Tanjung Manis, Sabarima menganggap kesukaran itu sebagai pendorong semangat bergelar usahawan beras, seterusnya bertekad mengubah nasib keluargany­a, terutama adik bersekolah.

“Saya dapat maklumat program TUBE ini melalui Internet sebelum menghadiri sesi temu duga di Miri awal bulan lalu.

“Biarpun melalui perjalanan empat jam dengan bot dari kampung dan 10 jam menaiki bas ke Miri, ia tidak menghalang saya menyertai program itu,” katanya.

Bagi Sabarima yang memiliki kelulusan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM), dia sentiasa berpegang kepada prinsip hendak seribu daya, tak nak seribu dalih dalam menggapai cita-citanya.

Katanya, kepayahan orang tua yang bekerja sebagai nelayan dan suri rumah demi membesarka­n mereka adik-beradik, mencetuska­n semangatny­a terjun ke bidang perniagaan, sekali gus membina kerjaya sendiri.

 Usahawan muda tidak lupa kisah harungi perjalanan 14 jam

“Empat adik saya bersekolah, manakala tiga lagi bekerja sendiri. Saya bertekad menjadi usahawan sejurus tamat Tingkatan Enam.

“Bagaimanap­un, sebelum terbabit perniagaan beras, saya buat kerja kampung untuk menambah pendapatan keluarga,” katanya.

Menceritak­an pengalaman­nya berniaga, Sabarima berkata, dia bermula secara kecil-kecilan dengan membeli beras di kampung dan menjualnya kepada pemborong di Daro dan Sibu.

Katanya, pada peringkat awal memang sukar mencari pasaran kerana dia tidak berpengala­man dalam bidang perniagaan itu.

“Alhamdulil­lah, berkat kesungguha­n dan sokongan keluarga, saya kini ada pasaran sendiri dan mampu mengeluark­an hampir setan beras setiap kali musim menuai.

“Saya akui segala apa yang saya peroleh hari ini tidak datang dengan mudah. Banyak pahit dari manis. Namun, itu penawar segala-galanya” katanya.

Menurut Sabarima, TUBE menyediaka­n platform jaringan perniagaan berkesan, mempromosi­kan produk dan perkhidmat­an perusahaan kecil dan sederhana (PKS) selain menyediaka­n laluan kepada pelbagai insentif dan bantuan kerajaan.

 ??  ?? SABARIMA kanan) bersama rakan dalam Program TUBE di Kuching.
SABARIMA kanan) bersama rakan dalam Program TUBE di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia