Harian Metro

‘Terima kasih’

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz cnews@nstp.com.my

Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) mulai 1 Julai 2018 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada penjawat awam, semalam, adalah hadiah berganda buat mereka, sekali gus dapat membantu mengurangk­an beban kos sara hidup.

Kakitangan agensi penguatkua­saan, Nur Husna Zanuddin, 32, berkata, pengumuman itu satu kejutan buat penjawat awam apabila bakal menerima kenaikan gaji sebanyak dua kali untuk tahun ini.

Beliau yang sudah berkhidmat tujuh tahun dalam perkhidmat­an awam berkata, ia dapat meringanka­n beban penjawat awam yang terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Saya bersyukur dan memang tak jangka pengumuman sebesar ini... kami berterima kasih kepada Perdana Menteri yang sentiasa prihatin,” katanya kepada NSTP, di sini, semalam.

Anak kelahiran Jerantut itu turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri untuk mengurangk­an tempoh kenaikan pangkat kepada kumpulan pelaksana daripada 13 tahun kepada 10 tahun.

“Ia bukan saja mengurangk­an tempoh menunggu untuk kenaikan pangkat bagi kakitangan awam, malah menjadi satu pemangkin semangat serta memberikan motivasi tambahan untuk mereka bekerja dengan lebih efisien,” katanya.

Kelmarin, ketika berucap di Majlis Amanat Perdana Perkhidmat­an Awam ke-16 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), Najib mengumumka­n berita gembira itu kepada kira-kira 1.6 juta kakitangan awam dan 800,000 pesara kerajaan.

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Goh, Siti Umihani Ahjar, 49, berkata, segala pengumuman yang dibuat itu sebagai menghargai jasa penjawat dan pesara kerajaan.

“Kami sebagai warga pendidik sudah tentu berterima kasih kepada kerajaan kerana menghargai khidmat bakti kami mendidik generasi muda. Pemberian insentif ini juga tepat pada masanya,” kata ibu kepada dua anak yang berasal dari Johor.

 ?? Siti Umihani ?? Kami sebagai warga pendidik sudah tentu berterima kasih kepada kerajaan kerana menghargai khidmat bakti kami mendidik generasi muda”
Siti Umihani Kami sebagai warga pendidik sudah tentu berterima kasih kepada kerajaan kerana menghargai khidmat bakti kami mendidik generasi muda”
 ?? Nur Husna ?? Saya bersyukur dan memang tak jangka pengumuman sebesar ini... kami berterima kasih kepada Perdana Menteri yang sentiasa prihatin”
Nur Husna Saya bersyukur dan memang tak jangka pengumuman sebesar ini... kami berterima kasih kepada Perdana Menteri yang sentiasa prihatin”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia