Harian Metro

Polis pula tiba...

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@nstp.com.my

 Pemuda pandu secara bahaya dijel 14 bulan, denda RM7,000

memerintah­kan tertuduh dipenjara lapan bulan dan denda RM6,000. Tertuduh berdepan hukuman penjara lapan bulan lagi, jika gagal membayar denda.

Lelaki itu hilang kelayakan mengambil lesen memandu kelas D selama dua tahun, selain diperintah membayar kos pendakwaan RM1,000, atau dipenjara sebulan, jika gagal membayarny­a

Bagi pertuduhan lain, mahkamah memerintah­kan lelaki itu dipenjara dua bulan atas kesalahan melanggar enam lampu isyarat merah di Jalan Limbongan Jaya, Limbongan Lama, Klebang Besar, Pulau Gadong, Pokok Mangga dan Dataran 1Malaysia di sini.

Bagi kesalahan memandu tanpa lesen dan tanpa insurans kenderaan pula, tertuduh diperintah menjalani hukuman penjara selama empat bulan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Trafik Inspektor Nazif Ezra Abdul Rahman mencadangk­an hukuman setimpal kerana tindakan tertuduh membahayak­an pengguna jalan raya lain.

“Perbuatan tertuduh ini melampau kerana dia turut melanggar enam lampu isyarat dan melawan arus, selain memandu tanpa lesen dan insurans kenderaan.

“Semakan juga mendapati, tertuduh mempunyai kesalahan mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

Bagaimanap­un, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman rendah dengan alasan menanggung isteri yang kini mengandung anak pertama.

 ??  ?? NUR Apendi diringi polis keluar dari ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh.
NUR Apendi diringi polis keluar dari ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia