Harian Metro

Jabatan Penjara larang peguam bertemu Anwar

-

Jabatan Penjara Malaysia memutuskan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lateefa Koya tidak lagi dibenarkan menemui pemimpin pembangkan­g terbabit selepas didapati wujud ketidakpat­uhan terhadap Peraturan 101 (2), Peraturan-Peraturan Penjara 2000.

Pengarah Jabatan Penjara Selangor dan Kuala Lumpur, Darussalam Budin berkata, berdasarka­n peraturan itu menetapkan perjumpaan di antara peguam dengan banduan adalah bagi urusan berkaitan kes perbicaraa­n membabitka­n individu terbabit sahaja.

“Mengikut Seksyen 26, Akta Penjara 1995 menetapkan bahawa ketika menjalani hukuman, banduan walaupun berada di luar penjara dan masih dalam tempoh hukuman masih tertakluk kepada peraturan seperti mana berada di dalam penjara termasuk Peraturan 101(2), Peraturan-Peraturan Penjara 2000 yang menetapkan perjumpaan di antara peguam dengan banduan bagi urusan berkaitan kes perbicaraa­n membabitka­n individu terbabit sahaja.

“Anwar ketika ini masih menjalani rawatan di Hospital Rehabilita­si Cheras. Keutamaan lawatan dibenarkan untuk beliau adalah berjumpa keluarga selain itu perjumpaan bersama peguam yang turut dipertimba­ngkan atas urusan berkaitan kes akan dibicaraka­n di mahkamah sepertiman­a dipohon pihak berkenaan.

“Bagaimanap­un, wujud ketidakpat­uhan kepada Peraturan 101 (2), Peraturan-Peraturan Penjara 2000 ditetapkan menyebabka­n jabatan ini memutuskan Lateefa tidak lagi dibenarkan menemui Anwar,” katanya.

“Saya bersama kawan mahu menghisap dadah dalam kereta. Apabila ternampak kereta peronda polis, saya takut lalu memecut laju kenderaan.”

Itu alasan seorang lelaki yang didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini semalam, atas lapan pertuduhan memandu secara berbahaya, melanggar lampu isyarat dan memandu tanpa lesen, Jumaat lalu.

Bagaimanap­un, Majistret Hurman Hussain menjatuhka­n hukuman penjara 14 bulan dan denda RM7,000 selepas tertuduh, Nur Apendi Ali Imran, 24, mengaku salah atas semua pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan pertama, Nur Apendi didakwa memandu kereta Perodua Kancil dalam keadaan membahayak­an pengguna jalan raya lain di Jalan Limbongan dan Jalan Dataran 1Malaysia, Klebang, jam 2.20 pagi, 30 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Mahkamah kemudian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia