Harian Metro

Penganggur dipenjara sembilan tahun rompak, cedera warga emas

-

Seorang penganggur dihukum penjara sembilan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah merompak seorang wanita warga emas dan mencederak­an mangsa, awal tahun ini.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhka­n hukuman itu terhadap Syahruwan Abdullah, 27, dan memerintah­kan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 2 April lalu.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merompak beg tangan milik Che Salmah@Siti Rohani Awang Hamat, 71, yang berisi telefon bimbit, kunci rumah, kunci kereta dan wang RM275 dan turut menyebabka­n kecederaan terhadap mangsa.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di tepi jalan Kampung Pertok, Machang pada jam 5.30 petang, 28 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, ketika Che Salmah menunggang motosikal, dia dihampiri tertuduh yang menunggang sebuah motosikal lain.

Tertuduh kemudian menendang motosikal wanita itu dan meragut beg tangan wanita terbabit, sebelum melarikan diri.

Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan ringan di dahi, kaki dan tangan.

Shah Alam: Mahkamah Rayuan Syariah di sini, menolak permohonan kebenaran merayu dipohon pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Klang yang meminda denda RM2,900 kepada RM1,900 terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Keputusan sebulat suara itu dibuat tiga panel hakim yang dipengerus­ikan Datuk Aidi Moktar dan dianggotai Datuk Yusof Musa serta Saarani Ismail.

Aidi dalam penghakima­nnya berkata, pihak pendakwaan selaku pemohon bagi kes itu gagal membuktika­n persoalan perundanga­n berkaitan kepentinga­n awam kepada mahkamah.

“Berdasarka­n Seksyen 167 (1), Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor)

 ??  ?? SYAHRUWAN ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen.
SYAHRUWAN ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia