Harian Metro

Jiran pula dapat cat

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@nstp.com.my

Tidak cukup mengganggu peminjam dan ahli keluarga, ceti haram atau along kini dikesan menyimbah cat merah di rumah jiran peminjam.

Taktik baru itu diguna pakai oleh pihak berkenaan dipercayai bagi memalukan dan ‘menekan’ peminjam yang gagal menyelesai­kan pinjaman.

Seorang pemberi pinjaman yang hanya mahu dikenali sebagai Rickie, 38, berkata, ia adalah kaedah serangan psikologi ke atas peminjam.

Katanya, ini memandangk­an kaedah diguna pakai sebelum ini iaitu menyimbah cat di rumah peminjam didapati kurang berkesan.

“Kaedah yang digunakan ketika ini adalah menyimbah cat pada kenderaan atau rumah milik jiran. Kalau bukan jiran, kediaman rakan berdekatan akan menjadi sasaran. “Mangsa tidak berhutang dengan kami, tapi cara ini menyebabka­n mereka takut dan marah,” katanya.

Menurut Rickie, jiran atau kenalan peminjam yang menjadi sasaran akan membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamata­n mereka dan keluarga.

“Keadaan di kawasan kejiranan menjadi kecoh dan penduduk akan menyiasat siapa yang sebenarnya yang

 Along ganggu kenalan ‘tekan’ peminjam langsai hutang

meminjam dengan kami.

“Lama-kelamaan mereka tahu menyebabka­n peminjam malu dan membayar hutang,” katanya.

Mengulas tindakan ganas ke atas peminjam, Rickie mendakwa, pihaknya tidak bertindak sedemikian melainkan jika wujud provokasi.

“Apabila peminjam tidak membayar hutang, kami terlebih dulu memberi amaran supaya menyelesai­kan tunggakan.

“Tetapi, apabila individu itu melawan atau mencabar sehingga berlaku provokasi, maka timbul kekerasan,” katanya.

Dalam pada itu, Rickie menasihatk­an orang ramai supaya tidak meminjam dengan along kerana kadar faedah yang dikenakan terlalu tinggi.

“Kadar faedah dikenakan bagi syarikat pemberi pinjaman wang berlesen adalah 10 peratus setiap bulan.

“Jika meminjam RM1,000, peminjam perlu melangsaik­an bunga (faedah) iaitu RM100 sebulan dan ia tidak termasuk bayaran pinjaman tetap.

“Jika meminjam dengan syarikat pemberi pinjaman tanpa lesen, kadar faedah lebih tinggi iaitu antara 20 peratus dan 75 peratus setiap bulan,” katanya.

 ??  ?? ALONG menyimbah cat merah di rumah jiran peminjam.
ALONG menyimbah cat merah di rumah jiran peminjam.
 ?? Rickie ?? Apabila individu itu melawan atau mencabar sehingga berlaku provokasi, maka timbul kekerasan”
Rickie Apabila individu itu melawan atau mencabar sehingga berlaku provokasi, maka timbul kekerasan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia