Harian Metro

Pelanggan satu dunia

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

 Program Bicara BH kupas isu penggunaan media sosial untuk jana pendapatan

Peranan media sosial kini bukan hanya berfungsi untuk memperluas­kan rangkaian, tetapi menjadi platform menjana pendapatan lumayan.

Mana tidaknya, menggunaka­n media sosial seperti Facebook dan Instagram mampu memasarkan sesuatu produk dengan cepat dan meluas secara percuma.

Perniagaan dalam talian ini bukan saja memberikan pulangan lumayan kepada peniaga, tetapi turut memudahkan pelanggan kerana mereka boleh membeli produk pada bila-bila masa, membuat bayaran secara talian dan hanya menunggu barangan itu sampai di depan pintu.

Namun, dalam keghairaha­n itu, pengguna juga kena peka terhadap risiko dihadapi ketika berurus niaga dalam talian.

Justeru, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Berita Harian (BH) menganjurk­an Bicara BH bertajuk Buat Duit: Beralih Ke e-Dagang yang juga mengupas mengenai penggunaan media sosial sebagai platform untuk menjana pendapatan.

Ketua Bahagian Perkhidmat­an Digital Dan Platform Data, Sektor Komunikasi dan Ekosistem Digital SKMM, Adrian Abdul Ghani berkata, dalam menuju ke arah transforma­si digital, salah satu elemen ke arah itu adalah ekonomi digital.

Justeru, selain berperanan mengawal selia industri, SKMM juga mempunyai program pembanguna­n bagi meningkatk­an lagi ekonomi digital ini.

“Dulu, untuk memulakan perniagaan, banyak cabaran perlu dilalui terutama modal, tetapi kini dengan perniagaan e-dagang, halanganny­a kurang selain jangkauann­ya lebih meluas di mana sesuatu produk itu boleh dipasarkan di luar negara.

“E-dagang ini juga tetap

memerlukan modal bagi membina laman sesawang, tetapi ia sangat sedikit dan kewujudan banyak platform percuma memudahkan peniaga selain modal yang diperuntuk­kan itu boleh digunakan untuk fokus kepada produk serta perkhidmat­an yang ditawarkan.

“Platform pembayaran di negara ini juga kukuh dan stabil, sekali gus memudahkan transaksi pembayaran selain penggunaan telefon pintar menjadikan e-dagang ini satu peluang untuk semua orang terbabit dengan perniagaan,” katanya.

Secanggih mana teknologi yang ada, penipuan tetap berlaku dan kes pengguna tertipu dengan produk yang dibeli atas talian juga semakin meningkat.

Oleh itu, Adrian berkata, pengguna perlu bijak memilih peniaga dengan memastikan perniagaan yang dijalankan itu berdaftar dengan pihak berwajib atau sebaliknya.

Peniaga juga perlu lebih telus dalam menjalanka­n perniagaan supaya mereka lebih dipercayai.

“Sebelum memulakan perniagaan, peniaga perlu mendaftar kepada Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) dan segala butiran penting terutama jenis perniagaan dan alamat direkodkan.

“Menerusi Pensijilan digital SSM, BizTrust, peniaga akan menerima logo produk itu yang diletakkan pada laman web perniagaan masing-masing mengesahka­n perniagaan berkenaan berdaftar dengan SSM dan mematuhi syarat tertentu yang ditetapkan.

“Jadi, sebagai pengguna bijak, mereka perlu memberi kelebihan kepada peniaga yang berdaftar bagi mengelak menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Tambahnya, dan komen pembeli sebelumnya selain platform pembayaran yang digunakan peniaga juga antara yang harus dilihat bagi memastikan peniaga itu telus dalam urus niaga yang dijalankan secara talian.

“SKMM juga akan memperkena­lkan platform identiti baru Digital ID yang boleh mengesahka­n orang atas talian bagi mengurangk­an penipuan,” katanya.

Sementara itu, pelakon, pengacara dan pemilik SchAwal.com dan LawA event, Ahmad Awaluddin Ashaari berkata, kegagalann­ya ketika menjalanka­n perniagaan secara adalah pendorong untuknya mempercaya­i perniagaan atas talian.

Katanya, sebelum diperkenal­kan dengan perniagaan dalam talian ini, dia membuka perniagaan dengan meletakkan modal yang tinggi dan mengalami kerugian besar.

Pemilik laman sosial solekan dan pengasas Bellaz Beauty Sdn Bhd, Nor Nabilah Zulyadaini pula berkata, perniagaan dalam talian menjadi lubuk mendapatka­n wang.

Namun, keyakinan dan kesabaran tinggi selain lebih kreatif juga menjadi kunci kepada kejayaan dalam perniagaan atas talian.

“Ketika membuat tutorial solekan, saya ikhlas dalam berkongsi segala ilmu yang saya ada dan dengan keikhlasan itu, pengguna juga akan ikhlas untuk mengikuti kita, sekali gus berkongsi video yang dimuat naik di laman sosial itu,” katanya.

 ?? FOTO: KHAIRUL AZHAR AHMAD ?? PROGRAM Bicara BH Buat Duit: Beralih Ke e-Dagang bersama moderator, Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak (kiri) dan ahli panel, Adrian, Ahmad Awaluddin dan Nor Nabilah.
FOTO: KHAIRUL AZHAR AHMAD PROGRAM Bicara BH Buat Duit: Beralih Ke e-Dagang bersama moderator, Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak (kiri) dan ahli panel, Adrian, Ahmad Awaluddin dan Nor Nabilah.
 ?? Adrian Abdul Ghani ?? Dulu, untuk memulakan perniagaan, banyak cabaran perlu dilalui terutama modal tetapi kini dengan perniagaan e-dagang, halanganny­a kurang selain jangkauann­ya lebih meluas di mana sesuatu produk itu boleh dipasarkan di luar negara”
Adrian Abdul Ghani Dulu, untuk memulakan perniagaan, banyak cabaran perlu dilalui terutama modal tetapi kini dengan perniagaan e-dagang, halanganny­a kurang selain jangkauann­ya lebih meluas di mana sesuatu produk itu boleh dipasarkan di luar negara”
 ??  ?? TETAMU yang hadir pada Bicara BH Buat Duit: Beralih Ke e-Dagang yang berlangsun­g di Public Space, Balai Berita, Bangsar, semalam.
TETAMU yang hadir pada Bicara BH Buat Duit: Beralih Ke e-Dagang yang berlangsun­g di Public Space, Balai Berita, Bangsar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia