Harian Metro

Amuk bakar rumah mentua

- Zatul Iffah Zolkiply news@nstp.com.my

Bengang apabila isteri menuntut cerai, seorang lelaki membakar rumah mentuanya di Kampung Mengabang Panjang, Batu Rakit, Kuala Nerus, kelmarin.

Kejadian jam 6 petang itu menyebabka­n enam sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak hilang tempat tinggal dan membabitka­n kerugian RM50,000.

Bagaimanap­un, tiada kecederaan dilaporkan kerana semua penghuni tiada di rumah.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, sebelum kejadian, suspek berusia 38 tahun dan bekerja sebagai nelayan berselisih faham dengan isterinya. Katanya, ia menyebabka­n isteri suspek yang berusia 34 tahun meminta cerai daripada suaminya itu.

Beliau berkata, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Batu Rakit kerana bimbang keselamata­n diri dan keluargany­a.

“Bagaimanap­un, ketika berada di balai polis, dia terkejut apabila dimaklumka­n rumahnya dibakar suspek.

“Mangsa bergegas pulang dan mendapati rumahnya sudah terbakar,” katanya.

Beliau berkata, susulan kejadian, suspek ditahan berhampira­n tempat kejadian dan dibawa ke Balai Polis Batu Rakit untuk tindakan lanjut.

“Ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphet­amine,” katanya.

Mahkamah Majistret di sini, membenarka­n suspek direman empat hari mulai semalam untuk siasatan lanjut berhubung kes itu.

 Nelayan berang isteri minta cerai musnahkan kediaman enam sekeluarga

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia