Harian Metro

Tutup kes selepas 39 hari

- Murni Wan Omar news@nstp.com.my

Perbicaraa­n kes pembunuhan Kim Chol atau abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam, berakhir semalam, selepas pihak pendakwaan selesai memanggil 34 saksi memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini.

Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad memberitah­u mahkamah bahawa pihaknya selesai memanggil saksi dan menutup kes mereka.

Pihaknya menawarkan 93 saksi untuk dipanggil pihak pembelaan antaranya ialah rakan sebilik tertuduh pertama Siti Aisyah, 26, pemandu peribadi dan kawan baik kepada Jong Nam sepanjang berada di Malaysia, pemandu ambulans ketika kejadian dan pekerja hotel tempat penginapan tertuduh kedua warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29.

Perbicaraa­n yang bermula 2 Oktober tahun lalu berlangsun­g selama 39 hari.

Hakim Datuk Azmi Ariffin memutuskan semua pihak memfailkan hujahan bertulis pada 11 Jun dan menetapkan hujahan lisan dibuat bermula 27 Jun sehingga 29 Jun depan.

Sepanjang perbicaraa­n, 236 bahan bukti dikemukaka­n kepada mahkamah antaranya ialah pakaian yang dipakai ketika hari kejadian milik kedua-dua tertuduh dan mangsa, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ketika kejadian. Antara saksi yang dipanggil adalah iaitu Ketua Unit Alkohol dan Toksikolog­i Klinikal, Jabatan Kimia, Dr K Sharmilah, 38, dan Ketua Makmal Pusat Analisis Senjata Kimia, Jabatan Kimia Malaysia, Dr S Raja.

Sepanjang perbicaraa­n lalu, Mahkamah Tinggi diberitahu Dr Raja bahawa insiden kematian Jong Nam disebabkan agen saraf VX adalah insiden kedua di dunia dan pertama di negara ini.

Disebabkan faktor keselamata­n, proses pengecaman barang kes dalam perbicaraa­n ini dibuat di Jabatan Kimia Malaysia berikutan kesan agen saraf VX masih aktif dan dikhuatiri memudaratk­an orang ramai jika dibuka di tempat terbuka.

Dr Raja melalui keterangan­nya mengesahka­n bahawa racun agen saraf VX dikesan pada baju-T tanpa lengan dalam sampul dilabelkan Siti Aisyah dan baju-T putih dengan cetakan LOL di bahagian hadapan dilabelkan Thi Huong.

Sebelum kes ditutup, Pegawai Penyiasat, Asisten Superinten­dan Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz, 40, sekali lagi dipanggil untuk menjawab soalan peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Doan.

HISYAM: Setuju saya katakan bahawa pasport ini dirampas daripada Doan pada 15 Februari 2017 dan keterangan diambil pada 18 Februari 2017?

HISYAM: Berdasarka­n percakapan beramaran yang dirakam, tiada sebarang soalan berhubung pemergian Doan ke Jeju, Korea Selatan?

HISYAM: Tertuduh berada di Jeju selama empat hari dan tujuan dia ke sana adalah untuk berjumpa dengan teman lelakinya bernama Jun?

Pada 1 Mac 2017 di Mahkamah Majistret Sepang, dekat sini, Siti Aisyah dan Doan didakwa bersama empat lagi yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, atau abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam di Balai Berlepas KLIA2, jam 9 pagi, 13 Februari 2017. Empat lelaki itu adalah empat warga Korea Utara iaitu Hong Song Sac (Mr Chang), 34, Ri Ji Hyon (Mr Y), 33, Ri Jae Nam (Hanomori), 57, dan O Jong Dil (James), 55,

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

 Pengarah Pendakwaan selesai panggil 34 saksi

 ??  ?? SITI Aisyah (belakang) dan Doan (depan) dikawal oleh anggota
polis ketika keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam.
SITI Aisyah (belakang) dan Doan (depan) dikawal oleh anggota polis ketika keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia