Harian Metro

Hanya mampu terbaring sejak lahir

-

tahu perasaan saya apabila mendapat tahu bayi kecil ini terpaksa dilahirkan pada usia kandungan 35 minggu secara pembedahan disebabkan masalah air ketuban tidak cukup sebelum dia disahkan mempunyai masalah kesihatan.

“Saya terima suratan takdir dengan hati terbuka. Melihat keadaan Muhammad Amar Firdaus yang memerlukan perhatian, saya sentiasa berdoa saya dipanjangk­an usia dan diberikan kesihatan baik untuk menjaganya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di FELDA Bukit Goh, di sini, kelmarin.

Zurina yang juga suri rumah sepenuh masa berkata, Muhammad Amar Firdaus kini turut mengalami masalah lelangit berlubang, masalah pendengara­n dan matanya semakin rabun serta injap jantung yang bocor.

“Masalah ini dikesan selepas anak saya selesai pembedahan jantung dua tahun lalu di Institut Jantung Negara (IJN),” katanya.

Berikutan masalah itu, katanya, mereka perlu mengumpul sejumlah wang bagi membolehka­n pembedahan lelangit berlubang, pemasangan alat pendengara­n dan penukaran tiub di perut anaknya itu dapat dilakukan dengan segera.

“Sehingga kini, kami sekeluarga masih belum dimaklumka­n kos pembedahan lelangit kerana perlu menunggu temujanji bersama doktor pakar pada Isnin depan.

“Namun, saya dimaklumka­n kos untuk menukar tiub bagi memasukkan susu sekitar RM600 manakala pemasangan alat telinga pula dianggarka­n berjumlah RM3,000 hingga RM4,000,” katanya yang memperoleh bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

 ??  ?? ZURINA memberi susu khas kepada anaknya, Muhammad Amar Firdaus di Bukit Goh.
ZURINA memberi susu khas kepada anaknya, Muhammad Amar Firdaus di Bukit Goh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia