Harian Metro

‘Dah empat bulan mohon bantuan’

-

Kubang Pasu: Seorang pesakit barah payudara merayu mana-mana pihak mempertimb­angkan permohonan bantuan bulanan kepada keluargany­a bagi menampung perbelanja­an hidup mereka.

Nurain Mohamad Arshad 38, berkata, beliau dan suami, Mohd Sharizal Hamzah, 43, memohon bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah empat bulan lalu dan masih menunggu jawapan daripada mereka.

“Permohonan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat pula ditolak dengan alasan suami masih mampu bekerja walaupun pendapatan­nya sebagai pembantu bengkel mengecat kereta sekitar RM800 sebulan.

“Pendapatan suami juga tidak menentu berdasarka­n kerja yang dibuat dan beliau kini kerap mengambil cuti untuk membawa saya menerima rawatan di Hospital Alor Setar,” katanya.

Nurain ditemui selepas menerima kunjungan Jawatankua­sa Pergerakan PEMUDA UMNO Kubang Pasu di rumahnya di Kampung Pulau Nyior, Mukim Gelong di sini, kelmarin.

Katanya, mereka juga terpaksa membelanja­kan hampir RM300 sebulan untuk rawatan kimoterapi dan ubat-ubatan di samping sewa rumah RM250.

Menurut Nurain, penyakit barah yang dihidapiny­a mulai dikesan pada Februari tahun lalu dan kesihatann­ya semakin merosot.

Kini derita barahnya masuk tahap tiga serta sebahagian daripada payudarany­a dibuang.

Nurain berkata, permohonan kepada Pertubuhan Keselamata­n Sosial Pekerja (PERKESO) juga tidak berjaya kerana ditolak panel perubatan badan itu walaupun laporan perubatan daripada hospital lengkap.

Sementara itu, penolong setiausaha Pemuda UMNO Kubang Pasu, Parul Waheed berkata, pihaknya akan membuat rayuan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat secepat mungkin bagi membantu keluarga malang ini.

 ??  ?? NURAIN (kanan) merayu bantuan daripada mana-mana pihak.
NURAIN (kanan) merayu bantuan daripada mana-mana pihak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia