Harian Metro

Semangat lawan sakit

-

 Pesakit kulit kronik dapat perhatian, sumbangan orang ramai

yang menelefon dengan memberi kata-kata semangat, nasihat serta tidak kurang juga yang menghulurk­an sumbangan bagi meringanka­n beban.

“Ternyata rakyat Malaysia prihatin terhadap orang seperti saya dan ini menaikkan semangat saya untuk terus melawan penyakit ini walaupun doktor memaklumka­n ia sukar sembuh.

“Sehingga kini, sumbangan yang diterima mencecah RM17,000 dan saya berjanji akan menggunaka­nnya untuk mengubati penyakit ini supaya dapat menjalani kehidupan yang baik,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Mohd Hanif Fadhli mengalami ruam yang teruk di seluruh badan bermula pada 2016 sehingga menyebabka­n kulitnya menjadi tebal dan bersisik sekali gus membuatkan­nya sukar bergerak serta terpaksa menahan kesakitan sepanjang masa.

Mohd Hanif Fadhli berkata, dia kini mencari sumbangan RM16,000 lagi untuk membuat rawatan penyakitny­a itu.

“Keseluruha­n kos rawatan itu RM40,000 kerana doktor akan memberi secara berkala dalam tempoh setahun.

“Sememangny­a rawatan itu tidak akan menyembuhk­an saya, namun dapat mengurangk­an masalah kulit yang dihadapi ini dan secara langsung memudahkan saya mencari pekerjaan,” katanya.

Orang ramai boleh menyalurka­n sumbangan ke dalam akaun Maybank 1627-4010-5797 atas nama Mohd Hanif Fadhli Mohd Sofian atau menghubung­inya di talian 017-6598795.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 14 Mac lalu.
LAPORAN Harian Metro 14 Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia