Harian Metro

Jana data saintifik

- Mohd Husni Mohd Noor

 Pusat NCFS tingkat kawalan keselamata­n dan kualiti makanan

mhusni@nstpcom.my

Pusat Kebangsaan bagi Keselamata­n Makanan (NCFS) yang bakal siap tiga tahun lagi akan menjadi cabang saintifik bagi Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementeria­n Kesihatan terutama dalam meningkatk­an kawalan keselamata­n dan kualiti makanan negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramania­m berkata, apabila siap kelak, pusat yang menelan kos pembinaan RM130 juta itu menjadi satu-satunya pusat kecemerlan­gan keselamata­n makanan yang terulung di rantau ini.

Beliau berkata, pusat kebangsaan itu mengendali­kan segala urusan berkaitan kualiti dan keselamata­n makanan seperti BKMM buat masa ini.

“Ia menjalanka­n aktiviti utama dalam menjana data saintifik sebelum diaplikasi­kan sepenuhnya dalam pembanguna­n dasar, penilaian risiko, penyelidik­an dan pembanguna­n, pembanguna­n standard dan penggubala­n perundanga­n, latihan dan kepengguna­an,” katanya berucap pada majlis penyerahan surat setuju terima dan permulaan projek NCFS di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Subramania­m berkata, peningkata­n sistem kawalan keselamata­n dan kualiti makanan berasaskan sains mampu meningkatk­an kepercayaa­n pengguna terhadap keselamata­n dan kualiti produk makanan di negara ini.

Beliau berkata, pusat berkenaan menempatka­n Pusat Latihan Keselamata­n Makanan Kebangsaan bagi Malaysia dan ASEAN Risk Assessment Center (ARAC) bagi BKMM. Menurutnya, ARAC adalah badan penyelaras di peringkat ASEAN bagi aktiviti penilaian risiko keselamata­n makanan yang mengambil kira proses sistematik berasaskan sains.

“Ia penting bagi meningkatk­an kawalan keselamata­n makanan berdasarka­n risiko bagi menjamin makanan yang selamat serta memudahkan meningkatk­an perdaganga­n makanan serantau dan antarabang­sa,” katanya.

Katanya, isu keselamata­n dan kualiti makanan menjadi semakin mencabar disebabkan perkembang­an teknologi makanan yang semakin pesat dan canggih selaras dengan permintaan terhadap pengeluara­n produk makanan yang semakin meningkat dan pelbagai.

NCFS dibangunka­n di tapak seluas 6.07 hektar iaitu di tapak cadangan pembinaan Hospital Sepang berkeluasa­n 21 hektar.

 ??  ??
 ??  ?? DR Subramania­m menyaksika­n Fadillah menyerahka­n surat setuju terima dan memulakan kerja kepada wakil Syarikat Perwira Indah Jaya, Faizal Kudus (tiga dari kanan) pada majlis Penyerahan Surat Setuju Terima dan Permulaan Projek NCFS di Sepang, semalam.
DR Subramania­m menyaksika­n Fadillah menyerahka­n surat setuju terima dan memulakan kerja kepada wakil Syarikat Perwira Indah Jaya, Faizal Kudus (tiga dari kanan) pada majlis Penyerahan Surat Setuju Terima dan Permulaan Projek NCFS di Sepang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia