Harian Metro

Selesakan tempat berteduh

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@nstp.com.my

 TNB peruntuk RM300,000 baik pulih 50 rumah masyarakat Orang Asli di Pekan

Tenaga Nasional Berhad memperuntu­kkan RM300,000 untuk membaik pulih 50 kediaman masyarakat Orang Asli di Parlimen Pekan, tahun ini.

Program Membaik Pulih Rumah Golongan Miskin itu adalah sebahagian daripada Program Kemasyarak­atan Lestari TNB dan ia membabitka­n 34

kampung di kawasan Parlimen berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika Program Lawatan Kerja dan Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli Parlimen Pekan di Sekolah Kebangsaan Kampung Simpai di sini, baru-baru ini berkata, pihaknya berbesar hati atas inisiatif TNB yang turut sama membantu golongan miskin terutama masyarakat Orang Asli.

“Saya difahamkan program ini antara projek tanggungja­wab sosial (CSR) TNB dan selaku Ahli Parlimen Pekan, saya bersyukur atas sumbangan serta bantuan yang diberikan.

“Mereka yang layak menerima pertolonga­n ini akan menerima bantuan untuk membaik pulih rumah mengikut keperluan terutama dari segi struktur dan juga pendawaian elektrik serta bekalan air bersih. Pastinya kehidupan mereka akan bertambah selesa selepas ini,”katanya.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumka­n tambahan membaik pulih 50 lagi rumah untuk fasa kedua nanti.

Untuk permulaan, ia membabitka­n 50 rumah dengan kos RM300,000 dan tambahan 50 rumah lagi akan dilakukan pada masa akan datang.

Selain bantuan berkenaan, Najib berkata, kerajaan dengan kerjasama TNB akan memasang 3,770 unit lampu jalan kampung menerusi Projek Lampu Jalan Kampung 9 (LJK9) di negeri ini.

“Daripada jumlah itu, 45 unit lampu jenis High Pressure Sodium Vapour (HPSV) akan dipasang di 31 kampung di Pekan yang memberi manfaat kepada 12,000 penduduk.

“Syarikat Feilo Sylvania juga menyumbang RM100,000 bagi tujuan pemasangan 3,000 unit lampu LED di 15 sekolah di Pekan khususnya di perkampung­an Orang Asli.

“SK Simpai adalah satu daripada sekolah yang terpilih untuk pemasangan lampu berkenaan dan saya dimaklumka­n ia akan menjimatka­n 50 peratus penggunaan elektrik,” katanya.

Turut hadir di majlis itu ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang, Datuk Seri Ishak Muhammad; Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Isa Ab Hamid; Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA), Johari Alwi dan Ketua Eksekutif TNB, Datuk Seri Azman Mohd.

Sementara itu, Azman berkata, pihaknya membelanja­kan kira-kira RM28.7 juta untuk program baik pulih rumah dan memberi manfaat kepada 1,197 penduduk sejak ia dilaksanak­an pada 2007.

“Untuk tahun ini, kita memperuntu­kkan RM7. 1 juta untuk program berkenaan membabitka­n 186 keluarga,” katanya.

Pengerusi Muafakat Orang Asli Parlimen Pekan, Midun Tan berkata, program baik pulih rumah itu antara yang ditunggu masyarakat Orang Asli di kawasan berkenaan memandangk­an kebanyakan mereka masih tinggal di rumah usang dan daif.

Katanya, kebanyakan rumah Orang Asli dibina sendiri dan dari segi struktur, reka bentuk rumah serta aspek keselamata­n sering menjadi masalah bagi mereka.

 ??  ?? NAJIB bersalaman dengan masyarakat Orang Asli ketika tiba di Program Lawatan Kerja dan Ramah Mesra Bersama-sama Masyarakat Orang Asli Parlimen Pekan di Sekolah Kebangsaan Kampung Simpai.
NAJIB bersalaman dengan masyarakat Orang Asli ketika tiba di Program Lawatan Kerja dan Ramah Mesra Bersama-sama Masyarakat Orang Asli Parlimen Pekan di Sekolah Kebangsaan Kampung Simpai.
 ??  ?? NAJIB menerima replika cek daripada Azman (kanan) pada Program Lawatan Kerja dan Ramah Mesra.
NAJIB menerima replika cek daripada Azman (kanan) pada Program Lawatan Kerja dan Ramah Mesra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia