Harian Metro

Pelajar Orang Asli cemerlang terima sumbangan

-

Pekan: Seramai 12 pelajar Orang Asli yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) 2017 menerima sumbangan di bawah Program Kemasyarak­atan Lestari Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Lebih manis lagi, sumbangan RM500 setiap orang disampaika­n Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan.

Eliena Jonit, 18, dari Kampung Permatang Siput akui tidak menyangka berjaya mencatat keputusan 4A dalam peperiksaa­n SPM kerana ketika peperiksaa­n percubaan, keputusann­ya sekadar ‘cukup makan.’

Bekas pelajar

Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH) itu berkata, dia tidak mempunyai sebarang petua sebaliknya hanya mengikuti waktu belajar yang ditetapkan sekolah memandangk­an dia tinggal di asrama. “Saya juga bertuah kerana dikeliling­i rakan yang saling memberi semangat dan tidak pernah meminggirk­an meskipun saya Orang Asli.

“Perancanga­n saya selepas ini untuk menyambung pelajaran ke Institut Pendidikan Guru bagi mengejar impian bergelar guru satu hari nanti kerana saya mahu mendidik anak Orang Asli,” katanya.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan, Safian Sadan, 18, sebagai anak sulung, dia berasa bertanggun­gjawab memberi contoh terbaik buat tiga adiknya yang lain.

Memperoleh 5A dalam peperiksaa­n SPM, dia membuang rasa rendah diri semata-mata mahu mencapai keputusan baik seterusnya membanggak­an ibu bapanya.

“Saya mahu adik-adik menjadikan saya sebagai contoh yang anak Orang Asli juga boleh berjaya. Saya tidak mahu mereka berasa rendah diri.

“Saya juga bersyukur kerana tidak pernah berasa janggal sepanjang belajar di sekolah walaupun saya golongan minoriti,” katanya.

Sementara itu, bekas pelajar SMK Ahmad, Azrul Ahmad, 20, yang memperoleh keputusan Purata Nilai Gred Keseluruha­n (PNGK) 2.92 dalam STPM berkata, keputusann­ya melanjutkk­an pelajaran ke peringkat STPM adalah berbaloi.

“Saya memang mahu melanjutka­n pelajaran ke peringkat STPM kerana lebih mudah untuk memasuki institut pengajian tinggi.

“Petua belajar saya mudah iaitu beri tumpuan di dalam kelas dan sering bertanya kepada guru sekiranya ada kemusykila­n,” katanya.

 ??  ?? AZRUL Ahmad
AZRUL Ahmad
 ??  ?? ELIENA Jonit
ELIENA Jonit
 ??  ?? SAFIAN Sadan
SAFIAN Sadan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia