Harian Metro

Dicekup leka gergaji tiang besi

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@nstp.com.my

Segamat: Baru dibebaskan dari penjara Januari lalu namun seorang lelaki berusia 54 tahun masih tidak serik melakukan jenayah apabila ditahan polis ketika cuba mencuri harta awam di sekitar Kampung Abdullah di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superinten­dan Raub Selamat berkata, suspek yang juga warga tempatan ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat yang melakukan rondaan cegah jenayah di sekitar kampung berkenaan kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, suspek ditahan ketika leka mengergaji tiang besi yang digunakan sebagai tiang layar skrin gergasi milik peniaga restoran di kawasan berhampira­n.

“Ketika dihampiri, suspek memberikan alasan pemilik premis berkenaan meminta bantuannya memindahka­n besi itu kerana menanggung kerugian.

“Bagaimanap­un, apabila anggota dan pegawai kami menghubung­i pemilik premis, lelaki lingkungan 30-an itu datang ke kedainya dan menafikan dakwaan suspek.

“Akibat kejadian itu, mangsa kerugian RM1,200 kerana tiang besi layar dirosakkan dalam kejadian itu,” katanya semalam.

Hanya mengenali menerusi laman sembang seorang gadis hampir menjadi alat pemuas nafsu seorang lelaki dalam satu kejadian di sebuah hotel di Jalan Binjai, di sini, kelmarin.

Lebih malang lagi, mangsa berusia 23 tahun itu turut dikurung lebih 10 jam dalam keadaan bogel sebelum berjaya melepaskan diri seterusnya meminta bantuan.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku jam 11.30 malam apabila mangsa yang juga pelajar kolej swasta bersetuju berjumpa dengan suspek selepas mengenalin­ya sejak beberapa bulan lalu menerusi laman sembang berkenaan.

“Mangsa bersetuju berbuat demikian kerana suspek berusia 30-an itu akan membayar yuran pengajian gadis berkenaan selain turut menanggung perbelanja­an lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia