Harian Metro

Dikurung bogel 10 jam

-

 Penuntut kolej dinoda lelaki dikenali di laman sosial menerusi gelaran Mr Gentleman

“Sebaik tiba di hotel berkenaan, suspek meminta mangsa untuk naik ke biliknya berikutan tidak mahu rakan lelaki terbabit mengetahui kedatangan gadis berkenaan,” katanya, ketika dihubungi, di sini.

Katanya, sebaik tiba di bilik berkenaan, mangsa melihat terdapat seorang lagi gadis tidak dikenali berada dalam keadaan bogel bersama lelaki itu.

“Mangsa kemudianny­a ditarik menyebabka­nnya terjatuh lalu kepala terhantuk ke bucu katil sebelum kaki dan tangannya diikat.

“Lelaki berkenaan turut menanggalk­an pakaian mangsa sebelum bertindak mencabulny­a walaupun mangsa berulang kali merayu supaya dilepaskan,” katanya.

Sumber berkata, mangsa diperlakuk­an demikian dalam tempoh beberapa jam oleh suspek manakala seorang lagi gadis yang berada di dalam bilik berkenaan hanya memerhatik­an saja.

“Mangsa bernasib baik apabila suspek mahu ke bilik air dan kesempatan itu diambil untuk gadis berkenaan melepaskan diri sebelum meminta pertolonga­n daripada pekerja hotel terbabit.

“Berikutan kejadian itu, mangsa luka di dahi dan lebam pada anggota badan sebelum membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi untuk tindakan lanjut,” katanya.

Selain itu, siasatan awal mendapati suspek sememangny­a aktif menggunaka­n media sosial dan laman sembang mengumpan gadis menggunaka­n wang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharuddi­n Abdullah ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan berkenaan dan kes diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia