Harian Metro

PENERAJU SERANTAU

- Nasuha Badrul Huzaini nasuha@nstp.com.my

 Malaysia eksport produk halal RM1.7b ke Thailand tahun lalu

Nilai eksport produk halal keluaran tempatan ke Thailand meningkat kepada RM1.76 bilion tahun lalu dengan sektor makanan dan minuman mendominas­i jualan.

Ketua Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Industri Halal (HDC) Datuk Seri Jamil Bidin berkata, pada 2016 jumlah eksport dicatatkan adalah RM1.5 bilion.

“Sektor makanan dan minuman mencatatka­n jualan tertinggi dengan nilai sebanyak RM927 juta.

“Ini diikuti eksport bahan halal dengan nilai eksport kedua tertinggi sebanyak RM668 juta serta produk penjagaan diri dan kosmetik dengan nilai RM113 juta,” katanya.

Menurutnya, Malaysia kini menjadi peneraju dalam pembanguna­n halal di rantau ini.

“Dalam usaha menjadikan negara sebagai hab antarabang­sa bagi industri halal, HDC menyediaka­n bantuan menyeluruh kepada pengeluar, pengedar, peruncit, penyelidik dan pelabur.

“Ia bertujuan membolehka­n mereka menembusi pasaran halal global yang kini semakin berkembang,” katanya selepas menyaksika­n pemeteraia­n perjanjian persefaham­an (MoU) dengan Thai Small and Medium Enterprise­s Council (TSMEC) di sini, semalam.

HDC diwakili oleh Pengerusin­ya Datuk Seri Rizuan Abd Hamid dan TSMEC diwakili Pengerusin­ya Chaiwar Hansomwong.

Pemeteraia­n MoU itu dibuat sempena Persidanga­n Halal Sedunia 2018 (WHC 2018) dianjurkan HDC.

Menerusi usaha sama berkenaan, HDC dan TSMEC menjadi rujukan utama bagi semua maklumat yang bermanfaat kepada dagangan, pelaburan dan pembanguna­n perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Jamil berkata, MoU berkenaan juga mencermink­an komitmen Malaysia sebagai pemimpin dalam industri halal untuk bekerjasam­a dengan negara lain dalam meneroka potensi perniagaan dalam pasaran halal.

“Ia juga bukan hanya akan mempromosi­kan padanan perniagaan antara PKS di negara ini, Thailand dan negara lain di rantau ini tetapi juga memberi kemudahan pemindahan maklumat dan kepakaran kepada PKS terbabit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia