Harian Metro

Individu amat kaya di Malaysia meningkat

-

Kuala Lumpur: Jumlah rakyat Malaysia yang amat kaya naik sebanyak 11 peratus kepada 310 orang pada tahun lalu, berbanding 280 orang pada 2016 daripada 31.19 juta penduduk, menurut Laporan Kekayaan 2018 Knight Frank.

Individu amat kaya ini adalah mereka yang memiliki aset bersih lebih kurang AS$50 juta (RM193.35 juta).

Edisi ke-12 laporan yang dikeluarka­n semalam oleh perunding hartanah global itu turut meramalkan bahawa penduduk yang amat kaya di Malaysia akan melonjak sebanyak 65 peratus kepada 510 orang dalam tempoh 2017 hingga 2022.

Ketua Penyelidik­an Knight Frank Asia Pasifik Nicholas Holt berkata, pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar US sebanyak 15 peratus pada tahun lepas menjadi penyumbang utama kepada peningkata­n penduduk amat kaya di negara ini.

“Pertambaha­n ini dibantu peningkata­n dalam prestasi sektor e-dagang dan perkilanga­n, bersama-sama dengan sektor baru seperti teknologi kewangan yang mencipta kekayaan baru dalam negara ini, sudah menyumbang kepada pertumbuha­n sebanyak 11 peratus,” katanya.

Holt berkata demikian ketika memberi taklimat bersempena dengan pelancaran Laporan Kekayaan 2018 di sini, semalam.

Penerbitan tahunan itu menjejaki pertumbuha­n penduduk amat kaya dunia bersama-sama dengan analisis yang mendalam ke atas 52 negara.

Katanya, individu amat kaya dunia bertambah sebanyak 10 peratus (11,630 individu) kepada 129,730 orang pada tahun lalu, dengan Asia mengatasi Eropah sebagai hab utama bagi orang yang sangat kaya.

Di negara ini pula, menurut laporan itu, golongan rakyat Malaysia yang amat kaya ini mengutamak­an aset yang kurang berisiko dengan 44 peratus daripada mereka membuat pelaburan dalam sektor hartanah pada tahun lalu di atas purata global sebanyak 39 peratus pada 2017.

Sejumlah 33 peratus rakyat Malaysia yang kaya suka melabur dalam emas berbanding purata global sebanyak 25 peratus. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia