Harian Metro

Tawar Gasul

Gas memasak mula dijual di lima stesen minyak Petron di Lembah Klang, Melaka

- Mohd Zaky Zainuddin news@nstp.com.my

Gas memasak Gasul boleh didapati dengan silinder 12 dan 14kg di stesen Petron

Bermula bulan ini, pengguna boleh membeli gas memasak jenama Gasul di lima stesen minyak Petron di Lembah Klang dan Melaka.

Ketua Dagangan Runcit Petron, Faridah Ali berkata, pertambaha­n bilangan stesen yang menjual Gasul akan dipertimba­ngkan berdasarka­n permintaan pelanggan.

“Memandangk­an lima stesen pertama masing-masing tiga Lembah Klang dan dua di Melaka adalah projek perintis, kami tidak meletakkan sebarang sasaran tertentu untuk penambahan bilangan stesen.

“Ia bergantung kepada permintaan pelanggan. Kami juga akan menilai stesen yang terletak berhampira­n kediaman yang memiliki potensi untuk menawarkan Gasul,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran jualan Petron Gasul di sini, semalam.

Majlis pelancaran itu disempurna­kan Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK), Datuk Seri Jamil Salleh.

Hadir sama Ketua Perniagaan Komersial Petron Malaysia, Choong Kum Choy.

Pengguna boleh membeli gas memasak jenama Petron Gasul LPG yang boleh didapati dengan silinder 12 dan 14 kilogram (kg) di stesen Petron perintis iaitu Petron Persiaran Bandar Utama, Subang Parade dan Teluk Panglima Garang (Lembah Klang) serta Cheng and Ayer Keroh (Melaka).

Faridah berkata, gas memasak yang dijual dengan konsep tunai dan bawa itu membolehka­n pengguna membawa pulang silinder yang dibeli tanpa caj penghantar­an.

“Pelancaran gas memasak Gasul LPG di stesen Petron menepati janji kami untuk menyediaka­n produk dan perkhidmat­an yang lebih baik.

“Perkhidmat­an seumpama ini merubah rentak industri di mana pengguna kini boleh membeli Gasul di stesen terpilih tujuh hari seminggu termasuk cuti umum.

“Lebih banyak stesen akan menawarkan Gasul pada masa depan untuk menampung permintaan pengguna,” katanya.

Jenama Gasul diperkenal­kan di pasaran tempatan sejak 2012. Ia ditawarkan pada harga kawalan iaitu RM22.80 bagi 12kg dan RM26.60 (14kg).

 ??  ?? KAKITANGAN Petron menunjukka­n gas memasak Gasul pada pelancaran
jualan Petron Gasul, semalam.
KAKITANGAN Petron menunjukka­n gas memasak Gasul pada pelancaran jualan Petron Gasul, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia