Harian Metro

MPLabs lancar aplikasi 8coin

-

Petaling Jaya: Media Prima Labs (MPLabs) dan REV Asia Bhd melancarka­n laman sesawang ganjaran yang diberi nafas baru serta aplikasi mudah alih 8coin yang menawarkan ganjaran kepada pengguna dengan hanya berkongsi kandungan yang terdapat di platform itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali berkata, 8coin berfungsi sebagai platform untuk pengguna mendapatka­n ganjaran dengan berkongsi kandungan menarik di media sosial mereka.

Katanya, sejak diperkenal­kan pada 2010 dengan menggunaka­n nama 8share, komuniti platform itu sudahpun menerima ganjaran melebihi RM8 juta.

“Kini ia mempunyai komuniti terdiri daripada 770,000 pengguna media sosial di seluruh negara.

“Kami yakin dapat meningkatk­an jumlah pengguna aplikasi mudah alih itu. Sasaran kami adalah untuk mencecah angka juta bagi pengguna 8coin,” katanya pada majlis pelancaran 8coin di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Urusan Media Prima Bhd (MPB), Datuk Kamal Khalid dan Pengarah Urusan REV Asia Bhd, Voon Tze Khay.

Rafiq berkata, 8coin dibangunka­n sebagai platform ganjaran bersepadu bagi Media Prima untuk memastikan semua platform mempunyai akses kepada komuniti 8coin.

“Dalam aplikasi mudah alih dan portal 8coin yang telah diubah suai ini, pengguna diberi pilihan untuk sama ada mendapatka­n ganjaran wang tunai atau menebus pelbagai barangan menarik.

Orang ramai boleh memuat naik 8coin menerusi Apple App Store dan Google Play Store atau mengakses laman sesawang menerusi pautan https://8coin.my/.

 ??  ?? VOON (kiri) dan Rafiq pada pelancaran 8coin di Restoran Signature, First Avenue, Bandar Utama, semalam.
VOON (kiri) dan Rafiq pada pelancaran 8coin di Restoran Signature, First Avenue, Bandar Utama, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia