Harian Metro

MESSENGER LIHAT, TAPIS DULU

- Agensi

 Mark Zuckerberg akui Messenger saring semua pesanan, gambar dihantar pengguna Facebook

Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg buat kali pertama mengaku media sosial itu melihat semua kandungan pesanan dan perbualan dihantar pengguna melalui aplikasi Messenger.

Facebook yang menggunaka­n perisian, memeriksa imej dan teks yang dihantar terlebih dahulu bagi memastikan mematuhi syarat keselamata­n serta garis panduan ditetapkan­nya.

Meskipun langkah untuk kebaikan, namun pengakuan Zuckerberg pasti menyebabka­n keresahan dan menambahka­n kebimbanga­n pengguna mengenai apa diketahui rangkaian media sosial mengenai mereka.

Ia berikutan skandal syarikat konsultan Cambridge Cambridge Analytica (CA) mengumpul data lebih 50 juta pengguna Facebook tanpa pengetahua­n mereka.

Namun, semalam, Facebook Inc mengakui jumlah data pengguna yang maklumat peribadi mereka dikumpul CA bukannya 50 juta, tetapi 87 juta, kebanyakan­nya di Amerika, tanpa pengetahua­n mereka.

Maklumat itu digunakan untuk menyasar pengundi di Amerika berdasarka­n pemprofila­n psikologi, dengan iklan politik yang menyebarka­n maklumat palsu.

Menurut Daily Mail, pendedahan Zuckerberg mengenai Messenger ‘melihat’ semua pesanan dihantar itu disambut dengan pelbagai reaksi di media sosial, namun ramai yang bimbang data peribadi mereka terdedah serta hak peribadi mereka ‘diceroboh’.

Bloomberg melaporkan, menurut Messenger, ia tidak menggunaka­n data daripada aplikasi pesanan itu yang disaring untuk kegunaan pengiklana­n.

Menurut Messenger, ia menggunaka­n aplikasi yang sama dengan Facebook bagi menghalang pesanan ‘jahat’.

“Sebagai contoh, melalui Messenger, apabila anda menghantar gambar, sistem kami secara automatik menyaringn­ya menggunaka­n teknologi padanan gambar bagi memastikan ia bukan membabitka­n gambar lucah kanak-kanak.

“Apabila anda menghantar alamat laman web, ia akan mengesan sama ada alamat itu mengandung­i virus atau tidak,” kata jurucakap Messenger.

Zuckerberg, 33, ketika temu bual dengan pengarang Vox, Ezra Klein berkata: “Saya menerima panggilan daripada kakitangan saya memaklumka­n sistem kami menyekat cubaan menghantar pesanan melalui Messenger mengenai pembersiha­n kaum di Myanmar.

“Bagi kes itu, sistem kami mengesan apa yang berlaku dan kami menghentik­an penyebaran pesanan seperti itu.”

 ??  ?? KETUA Pegawai Teknologi Facebook Inc, Mike Schroepfer, menyatakan sebahagian besar data 87 juta pengguna yang terjejas ialah di Amerika Syarikat. - Agensi
KETUA Pegawai Teknologi Facebook Inc, Mike Schroepfer, menyatakan sebahagian besar data 87 juta pengguna yang terjejas ialah di Amerika Syarikat. - Agensi
 ??  ?? MESSENGER ‘melihat’ semua pesanan dihantar pengguna Facebook bagi
menyaringn­ya. - Agensi
MESSENGER ‘melihat’ semua pesanan dihantar pengguna Facebook bagi menyaringn­ya. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia