Harian Metro

Peluru berpandu Houthi sasar simpanan minyak

-

Riyadh: Arab Saudi memintas peluru berpandu yang dibedil pemberonta­k Houthi di Yaman, ke arah tangki simpanan milik syarikat minyak negara itu, Aramco, di pelabuhan Jizan di barat daya negara itu, semalam.

Serpihan bertaburan di kawasan penempatan apabila peluru berpandu berkenaan berjaya dipintas sistem pertahanan Arab

Saudi kira-kira 9.30 malam waktu tempatan.

Menurut kenyataan Aramco melalui Twitter, semua kemudahann­ya di Jizan selamat dan beroperasi seperti biasa.

Ketegangan memuncak sejak beberapa hari lalu, selepas pemberonta­k Houthi, yang mengawal hampir keseluruha­n utara Yaman, melancarka­n beberapa siri serangan peluru berpandu ke arah Arab Saudi yang berjaya dipintas.

Dalam serangan sebelum ini, seorang pekerja dari Mesir terbunuh, manakala dua rakannya cedera selepas serpihan peluru berpandu menimpa rumah mereka di Riyadh.

Arab Saudi mengetuai pakatan disertai beberapa negara Arab, termasuk Emiriah Arab Bersatu memerangi pemberonta­k Houthi yang disokong Iran sejak 2015 dalam usaha mendirikan semula kerajaan pimpinan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi yang diiktiraf antarabang­sa.

Arab Saudi mendakwa Iran membekalka­n senjata berat, termasuk peluru berpandu kepada Houthi yang sudah menawan ibu negara Yaman, Sanaa.

Serpihan bertaburan apabila

peluru berpandu berkenaan berjaya

dipintas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia