Harian Metro

Hantar Rohingya ke pulau

Bangladesh mula tempatkan pelarian ke pulau kontrovers­i

- AFP

Kerajaan Bangladesh akan mula menempatka­n kira-kira 100,000 pelarian Rohingya di sebuah pulau di selatan negara itu mulai Jun depan.

Setiausaha Pengurusan Bencana Bangladesh, Shah Kamal, berkata, tempat perlindung­an bagi kira-kira 50,000 pelarian dibina di pulau Bhashan Char di Teluk Benggala walaupun kawasan itu terdedah kepada cuaca buruk.

Ketika memberi taklimat kepada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kelmarin, beliau berkata, baki tempat perlindung­an akan siap dalam tempoh dua bulan.

“Penempatan itu akan bermula minggu pertama Jun. Kami membina kemudahan untuk 100,000 orang,” katanya.

Projek penempatan pelarian berkenaan mencetuska­n kritikan hebat sejak dicadangka­n pada 2015 kerana pulau itu didakwa tidak selamat didiami.

Menurut Shah, tentera laut membina 1,440 tempat perlindung­an besar untuk menempatka­n pelarian menjelang 31 Mei.

Tentera laut juga menambak kawasan rendah dan membina benteng sekitar kawasan itu bagi memastikan pulau berkenaan mampu menahan air pasang besar serta ribut monsun.

Hampir 700,000 pelarian Rohingya menyeberan­g sempadan dan berlindung di Bangladesh bagi melarikan diri daripada keganasan tentera Myanmar di negeri Rakhine pada tahun lalu.

Penempatan itu akan bermula minggu pertama Jun. Kami membina kemudahan untuk 100,000 orang”

Shah Kamal

 ??  ?? KEADAAN pulau Bhashan Char yang bakal menjadi penempatan pelarian Rohingya. - Agensi
KEADAAN pulau Bhashan Char yang bakal menjadi penempatan pelarian Rohingya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia