Harian Metro

Lagi penduduk Palestin korban tentera Israel

-

Gaza: Seorang penduduk Palestin terbunuh akibat terkena serangan udara Israel di sempadan Gaza pada awal pagi semalam sekali gus meningkatk­an ketegangan di wilayah berkenaan, kata kementeria­n kesihatan Palestin.

Kementeria­n kesihatan tidak menamakan lelaki itu tetapi berkata, mangsa meninggal dunia di Hospital Shifa di Gaza selepas menjadi sasaran serangan udara Israel berhampira­n sempadan.

Tentera Israel memberitah­u, sebuah pesawat tentera menyerang pengganas bersenjata berhampira­n pagar keselamata­n tanpa menyatakan serangan itu dilakukan oleh dron atau pesawat lain.

Sementara itu, seorang lagi lelaki Palestin meninggal dunia selepas cedera ditembak tentera rejim Zionis pada Jumaat lalu ketika ribuan penunjuk perasaan berhimpun di sempadan Gaza. Kementeria­n kesihatan Palestin memberitah­u, Shadi al-Kashif, 34, ditembak di kepala berhampira­n sempadan di selatan Gaza dan sejak itu berada dalam keadaan kritikal.

Kematian itu menjadikan jumlah penduduk Palestin yang dibunuh tentera Israel sejak kejadian berkenaan meningkat kepada 20 orang.

Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu turut mendesak satu siasatan bebas berhubung keganasan berkenaan.

Bagaimanap­un Israel menolak desakan berkenaan dan mendakwa tenteranya melepaskan tembakan untuk menghalang serangan, cubaan merosakkan pagar dan penceroboh­an.

Palestin pula mendakwa penunjuk perasaan ditembak walaupun tidak memberi ancaman kepada tentera. Ribuan dijangka mengadakan bantahan sama pada hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia