Harian Metro

Filipina arah Pulau Boracay ditutup enam bulan

-

Kerajaan Filipina mengumumka­n penutupan pulau peranginan terkenal, Boracay kepada pelancong selama enam bulan berhubung kebimbanga­n ia menjadi loji kumbahan.

Presiden Rodrigo Duterte mengarahka­n penutupan bermula 26 April ini, kata jurucakapn­ya, Harry Roque, lewat semalam menerusi Twitter tanpa memberikan butiran lanjut.

Keputusan itu menjejaska­n kehidupan ribuan pekerja sebagai sebahagian perdaganga­n pelanconga­n di pulau itu yang setiap tahun menerima dua juta tetamu dan menyuntik hasil kira-kira AS$1 bilion (RM3.87 bilion) kepada ekonomi negara itu.

Pakar berkata, langkah berkenaan juga bertentang­an dengan dasar prapembang­unan kerajaan bagi pulau itu, termasuk kelulusan kasino dan resort berharga AS$500 juta (RM1.9 bilion) baru-baru ini di Boracay.

Ancaman penutupan itu mula muncul Februari lalu apabila Duterte mengecam pemilik 500 hotel, restoran dan perniagaan lain di pulau itu, menuduh mereka membuang najis secara terus ke dalam laut dan menjadi loji kumbahan.

Pegawai turut memberi amaran sistem perparitan pulau itu digunakan untuk menyalurka­n najis tidak dirawat terus ke dalam laut sekitarnya.

Kementeria­n Alam Sekitar berkata, 195 premis perniagaan, bersama-sama 4,000 pelanggan yang menetap di situ, tidak disambung dengan saluran kumbahan. Namun dalam masa beberapa minggu Duterte menyelar perniagaan, Filipina memberikan lampu hijau kepada kasino gergasi Macau, Galaxy Entertainm­ent untuk memulakan operasi pembinaan kompleks kasino dan resort tahun depan.

 ??  ?? BEBERAPA bot tradisiona­l berlabuh di sebuah pantai
di Pulau Boracay di tengah Filipina. - Reuters
BEBERAPA bot tradisiona­l berlabuh di sebuah pantai di Pulau Boracay di tengah Filipina. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia