Harian Metro

Hatiku untukmu

- Agensi

 Ibu ingkari larangan ibu bapa untuk derma hati kepada anaknya berusia tujuh bulan agar bayi itu terus hidup

Demi anak, seorang ibu muda dari Yidu, wilayah Hubei, mencuri dokumen peribadiny­a yang disimpan ibu bapanya bagi membolehka­nnya menderma sebahagian hati untuk bayinya yang berusia tujuh bulan.

Menurut laporan media China, ibu bapa wanita itu menghalang­nya daripada mendermaka­n hatinya kepada cucu mereka.

Menurut laporan Yidu Television, Jiang Liuxin, 22, terpaksa mencuri dokumen pengenalan daripada simpanan ibu bapanya bagi membuat permohonan untuk mendermaka­n hati kepada anaknya yang berusia tujuh bulan, Jumaat lalu.

Anaknya yang menghidap demam kuning selepas dilahirkan, kemudian didapati mengalami masalah hati yang serius.

Doktor memutuskan pembedahan pemindahan hati daripada ahli keluarga adalah penyelesai­an terbaik kerana fungsi hati bayi terbabit semakin merosot.

Namun keluarga Jiang melarang mendermaka­n organnya walaupun dia mempunyai wang mencukupi, dipercayai kerana bimbang kesihatann­ya akan terjejas. Berikutan itu, mereka mengambil dokumen pengenalan­nya.

“Ibu, ayah, saya minta maaf tetapi tiada pilihan.

“Saya dan suami percaya kami perlu bertanggun­gjawab sepenuhnya untuk anak kami.

“Saya sanggup melakukan apa saja untuk menyelamat­kannya,” katanya dipetik South China Morning Post.

Anaknya sudah menjalani pembedahan itu dan keadaannya bertambah baik.

 ??  ??
 ??  ?? JIANG bersama anaknya berusia tujuh bulan yang menghidap masalah hati yang serius. - Agensi
JIANG bersama anaknya berusia tujuh bulan yang menghidap masalah hati yang serius. - Agensi
 ?? Jiang ?? Ibu, ayah, saya minta maaf tetapi tiada pilihan, saya dan suami percaya kami perlu bertanggun­gjawab sepenuhnya untuk anak kami”
Jiang Ibu, ayah, saya minta maaf tetapi tiada pilihan, saya dan suami percaya kami perlu bertanggun­gjawab sepenuhnya untuk anak kami”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia