Harian Metro

MUNCUL SEMULA J

Woods kembali intai peluang samai rekod Nicklaus

- AFP

uara major 14 kali, Tiger Woods (gambar) yang menyertai kejuaraan Masters buat kali pertama dalam tiga tahun akibat pembedahan belakang mahu membuktika­n penampilan semula kali ini bukannya sekadar melengkapk­an jadual.

“Saya masih mahu bersaing, dan saya mahu menewaskan mereka,” kata bintang berusia 42 tahun ini yang kali terakhir menyertai kejuaraan major pada Kejohanan PGA 2015.

Woods kembali ke lapangan selepas menjalani pembedahan belakang pada April tahun lalu dan kini mengintai peluang untuk menyamai rekod Jack Nicklaus yang merangkul 18 gelaran major.

Bekas pemain nombor satu dunia ini sentiasa yakin, tiada pemain yang kebal sepanjang masa dan sentiasa cemerlang di lapangan yang sama.

Hakikat itu turut diakui pemain nombor tiga dunia dari Sepanyol, Jon Rahm, 22, yang menegaskan kehadiran semula Woods dalam saingan kali ini akan memberikan motivasi tambahan kepada setiap pemain.

“Tiger sentiasa menarik perhatian. Dia sentiasa bangkit pada aksi genting dan ia akan membuatkan pemain lain sukar untuk mengejarny­a,” kata pemain nombor lapan dunia,

Rickie

Fowler.

Woods akan memulakan aksi pada hari ini bersama pemain Australia, Marc Leishman serta pemain England, Tommy Fleetwood.

“Kejohanan Master yang pertama saya saksikan ialah pada 1997, ketika itu, dia muncul juara,” kata Fleetwood, 27.

“Beberapa tahun selepas itu, saya berpeluang beraksi bersamanya dan saya tidak fikir anda mampu beraksi lebih baik daripadany­a dalam kejohanan Masters.”

 ??  ?? WOODS melakukan pukulan pada sesi latihan terakhir menjelang Kejohanan Masters di Augusta, Georgia.
WOODS melakukan pukulan pada sesi latihan terakhir menjelang Kejohanan Masters di Augusta, Georgia.
 ??  ?? FLEETWOOD (kanan pemain England turut warnai Master kali ini.
FLEETWOOD (kanan pemain England turut warnai Master kali ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia