Harian Metro

Jaringan dibatal

Gol Icardi tak dikira, dia turut terlepas dua gol lain

- AFP

Jaringan kapten Inter Milan, Mauro Icardi

(gambar) dibatalkan selepas pengadil perlawanan merujuk sistem video bantuan pengadil (VAR) selain kelab gergasi Itali itu turut terlepas dua gol lain ketika terikat 0-0 menentang pasukan tetangga AC Milan dalam saingan Serie A, semalam.

Sassuolo pula menyamakan kedudukan lima minit sebelum tamat perlawanan ketika mengikat Chievo 1-1 manakala Andrea Belotti menjaringk­an hatrik membantu Torino menang 4-1 ke atas Crotone ketika kelab bergelut Benevento menewaskan Verona 3-0.

Icardi meledak gol yang dibatalkan itu pada minit ke-38 selepas mengatasi perangkap ofsaid benteng Milan dan gagal ditangkap penjaga golnya, Gianluigi Donnarumma.

Pemain Inter meraikan gol berkenaan namun sejurus kemudian pengadil perlawanan yang merujuk tayangan VAR membatalka­n jaringan atas alasan ofsaid.

Terdahulu, bintang kelahiran Argentina yang kini penjaring terbanyak Inter dengan 25 gol musim ini terlepas peluang jaringan pembukaan dari jarak enam meter.

Icardi sekali lagi terlepas peluang pada minit terakhir perlawanan apabila cubaannya tersasar.

“Perkara sebegini memang boleh berlaku, ia sangat mengejutka­n kerana kemenangan sangat penting,” kata pengurus Inter, Luciano Spalletti.

“Tetapi saya tetap gembira kerana Inter beraksi seperti sepatutnya dan mempamerka­n aksi yang betul, ia perkara asas, keputusan adalah perkara lain.”

Inter kekal di tangga keempat dengan 59 mata dan slot ke Liga Juara-Juara musim depan masih terjamin manakala Milan di tangga keenam dengan 51 mata.

Perlawanan itu asalnya dijadualka­n awal pagi kelmarin tetapi ditunda ke pagi semalam susulan kematian mengejut kapten Fiorentina, Davide Astori di hotel penginapan pasukan.

Bintang kelahiran Argentina kini jadi penjaring terbanyak Inter dengan 25 gol musim ini.

 ??  ?? PEMAIN Sassuolo Khouma Babacar (kanan) dan pemain Chievo, Mattia Bani berebut bola pada aksi Serie A Itali, kelmarin.
PEMAIN Sassuolo Khouma Babacar (kanan) dan pemain Chievo, Mattia Bani berebut bola pada aksi Serie A Itali, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia