Harian Metro

Barca bawa bekal selesa

-

Barcelona: Jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde mengakui pasukannya belum memberi aksi terbaik walaupun membenam Roma 4-1 pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

Dua gol sendiri dari Daniele De Rossi dan Kostas Manolas dan jaringan jarak dekat Gerard Pique membolehka­n skuad Catalans mendahului 3-0 di Camp Nou sebelum Edin Dzeko meledak gol lewat buat Roma.

Namun, ketika kelab Itali itu cuba mencari jaringan untuk menghidupk­an peluang mereka, Luis Suarez menambah kelebihan Barcelona apabila meledak gol keempat pada minit ke-87.

Keputusan itu bermakna Barca akan menuju ke Itali minggu depan dengan bekalan selesa dan sudah sebelah kaki ke separuh akhir.

“Kami tidak mempunyai kesinambun­gan dalam permainan,” kata Valverde. “Kami melakukan beberapa kesilapan dan ada kalanya terlalu cepat untuk menyerang.”

Barca juga bernasib baik apabila pengadil, Danny Makkelie tidak memberi penalti pada awal permainan kepada Roma selepas Nelson Semedo menolak Dzeko dari belakang.

“Mereka sudah cukup baik, mereka tidak memerlukan bantuan,” kata jurulatih Roma, Eusebio Di Francesco. “Malam ini mereka mendapat dua bantuan termasuk daripada pengadil dan kami.”

Selepas jaringan menarik Cristiano Ronaldo untuk Real Madrid, semalam, Lionel Messi mengharung­i hari yang mengecewak­an apabila percubaan dan aksi gelecek tidak membuahkan hasil untuk pasukannya.

Messi kembali berada dalam senarai kesebelasa­n utama selepas pulih daripada kecederaan hamstring bersama Sergio Busquets ketika berdepan Chelsea tiga minggu lalu.

Namun, Messi menyempurn­akan aksi penuh 90 minit dan Busquets terpaksa digantikan Paulinho pada pertengaha­n babak kedua.

“Busquets bermain dengan kurang selesa kerana kecederaan­nya,” kata Valverde. “Dia banyak bergelut dan kami terpaksa melakukan pertukaran, tapi ia menjejaska­nnya.” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia