Harian Metro

‘Tunggu, kami pasti bangkit!’

-

Liverpool: Pep Guardiola percaya Manchester City mampu mengatasi defisit 3-0 selepas tewas kepada Liverpool pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara, awal pagi semalam dan menjelaska­n beliau akan meyakinkan pemainnya untuk bangkit pada aksi timbal balik nanti.

Tiga gol babak pertama di Anfield memberi tekanan kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris walaupun mereka kembali tenang pada babak kedua dan kegagalan mendapatka­n gol tempat lawan bakal menambah bebanan untuk mereka pada aksi suku akhir kedua di Etihad nanti.

“Saya fikir tiada sesiapa pun dalam bilik ini kecuali individu yang sedang bercakap dengan anda yang percaya kami boleh mara ke pusingan seterusnya,” kata Guardiola kepada pemberita.

“Masih ada 90 minit lagi, kami akan cuba, saya percaya kepada pasukan, mereka membuktika­n banyak perkara yang baik musim ini.

“Semua pasukan mempunyai 90 minit termasuk Sevilla, Juventus dan kami. Kami akan cuba, sangat sukar kerana kami akan beraksi dengan pasukan kelompok teratas.”

Anak buah Guardiola dikejutkan dengan gol dari Mohamed Salah, Alex Oxlade-Chamberlai­n dan Sadio Mane yang meletakkan pasukan tuan rumah mendahului 3-0 dalam masa 31 minit.

Dominasi babak pertama Liverpool membayangk­an jurulatih dari Sepanyol itu perlu lebih banyak bercakap mengenai perkara yang positif untuk skuadnya kembali ke landasan terbaik bagi berdepan anak buah Juergen Klopp di Etihad pada 11 April ini.

“Tiada siapa yang percaya kami akan mara, kami akan meyakinkan diri esok,” kata pengurus City itu.

Guardiola mengubah formasi normal yang meninggalk­an Raheem Sterling di bangku simpanan, dengan pemain tengah, Ilkay Gundogan disenaraik­an dalam kesebelasa­n utama. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia