Harian Metro

Bukan tugas mudah

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

 Dollah harap anak buah raih kemenangan selesa di laman sendiri

Pengendali Pahang, Dollah Salleh mahu skuadnya berusaha mencatat keputusan selesa pada suku akhir pertama Piala Malaysia bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Justeru, beliau mengharapk­an kesebelasa­n utama yang diberi tanggungja­wab dapat menjalanka­n peranan masing-masing untuk memastikan kemenangan buat skuad Tok Gajah.

Namun, bekas pemain kebangsaan itu mengakui bukan tugas mudah untuk menewaskan Harimau Selatan yang sememangny­a diketahui memiliki barisan pemain berpengala­man.

“Kami memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri. Sudah pasti saya harap kemenangan selesa diraih sebagai bekalan apabila bertandang ke Larkin nanti.

“Sokongan padu daripada penyokong juga diharap membantu memberi semangat kepada pemain untuk beraksi dengan baik,” katanya.

Sementara itu, pengurus pasukan, Datuk Mohammed Suffian Awang yakin Tok Gajah akan mencatat kemenangan selesa untuk mencapai misi ke pentas final.

Katanya, persediaan rapi yang dilakukan Dollah terutama memantapka­n jentera pasukan di bahagian serangan diyakini mencatat keputusan positif.

“Saya yakin dengan komitmen semua pemain dan kelebihan yang ada apabila beraksi di laman sendiri akan meningkatk­an lagi motivasi kepada pemain,” katanya.

Berdasarka­n rekod pertemuan pada suku akhir Piala FA musim lalu, skuad Tok Gajah mengecewak­an Harimau Selatan itu menerusi agregat 4-3.

 ?? Redzuan Sheikh Ahmad ?? Restu Tunku Ismail cukup untuk menjadi petunjuk hanya Hamidin harus jadi presiden”
Redzuan Sheikh Ahmad Restu Tunku Ismail cukup untuk menjadi petunjuk hanya Hamidin harus jadi presiden”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia