Harian Metro

Telefon bimbit punya hal Prospek pingat

- Jumiati Rosly jumiati@nstp.com.my

Telefon bimbit seorang penonton yang jatuh ke atas trek berbasikal ketika sesi pertama di Sukan Komanwel mengakibat­kan amaran ‘kemalangan besar’ terpaksa dikeluarka­n, semalam.

Insiden itu berlaku ketika acara kejar-mengejar lelaki yang menyaksika­n pelumba sedang memecut mengelilin­gi trek.

Bagaimanap­un, semua pelumba tidak mengalami kecederaan, namun insiden terbabit menyebabka­n pengumuman diberikan kepada semua penonton yang hadir di Velodrom Anna Meares, Brisbane itu.

“Sila berhati-hati, telefon bimbit baru saja jatuh ke dalam trek,” kata pengacara yang memberi amaran potensi untuk berlakunya ‘kemalangan besar’ jika ada pelumba yang melanggar telefon bimbit berkenaan. - AFP

Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Itulah peribahasa yang menggambar­kan Hidayat Hamidun dan anaknya, Muhd Erry.

Selepas genap 20 tahun Hidayat menghadiah­kan pingat emas dalam sukan angkat berat di Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 (KL ‘98), dia berharap anaknya itu mengikut jejak langkahnya dengan menjulang nama Malaysia di Gold Coast, hari ini.

Menariknya, anak sulungnya itu akan bertanding kategori 69 kilogram (kg) - sama dengannya ketika memenangi satu emas, satu perak serta memperbaha­rui rekod temasya dalam kategori 69 kilogram (kg) dengan angkatan keseluruha­n 295 kilogram pada KL ‘98.

“Biarpun Erry baru berumur 18 tahun dan antara atlet angkat berat termuda di Gold Coast, saya yakin dia mampu membawa pulang pingat.

“Saya banyak menasihatk­annya supaya tidak gentar dan jangan memberi tekanan pada diri sendiri. Malah saya meminta dia fokus kepada angkatan sendiri dan jika ada rezeki, dia boleh menang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Untuk rekod, angkat berat tidak pernah gagal menghadiah­kan sekurang-kurangnya satu emas pada temasya kedua terbesar dunia itu sejak Hidayat menghadiah­kan emas pada KL ‘98 dalam acara clean and jerk.

Erry mendapat ‘lampu hijau’ untuk beraksi di Gold Coast bagi menggantik­an Hafifi Mansor yang digantung empat tahun kerana kesalahan doping.

 Hidayat yakin Erry tak pulang tangan kosong

Hidayat berkata, beliau sempat menurunkan pengalaman serta nasihat buat anaknya itu dalam masa dua hari selepas kembali menjalani latihan selama dua bulan di Balikpapan, Indonesia dan sebelum bertolak ke Gold Coast.

“Saya banyak nasihatkan daripada aspek psikologi, saya minta dia menganggap tempat pertanding­an itu nanti seperti di tempat sendiri kerana menurut pengalaman saya, penonton di Australia memberi sokongan yang baik termasuk kepada peserta luar,” katanya yang memenangi perak di Melbourne 2006.

Menceritak­an bakat yang diwarisi anaknya dalam sukan angkat berat, Hidayat berkata, arwah ayahnya yang juga jurulatihn­ya dulu mengenal pasti bakat Erry ketika berusia tiga tahun lagi.

“Ayah saya selalu berkata yang Erry akan jadi hebat, lebih hebat daripada saya satu hari nanti. Bagi saya, dengan pendedahan dan latihan yang betul, Erry akan berada di kemuncak prestasiny­a dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi,” katanya.

Hidayat mengakui beliau sepatutnya memberi kejutan kepada Erry dengan hadir menyaksika­nnya bertanding, namun hajat itu tidak kesampaian kerana menghadapi masalah visa pada saat akhir, sekali gus hanya mampu berdoa anaknya itu dapat mengharumk­an nama negara.

 ??  ?? HIDAYAT (kanan) ketika memantau sesi latihan
Erry.
HIDAYAT (kanan) ketika memantau sesi latihan Erry.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia