Harian Metro

Skuad fours wanita ungguli dua perlawanan awal

-

Gold Coast: Skuad fours wanita negara Siti Zalina Ahmad, Auni Fathiah Kamis, Azlina Arshad dan Nur Fidrah Noh mempamerka­n aksi cemerlang apabila mengunggul­i dua pusingan awal di Broadbeach Bowls Club, semalam.

Mereka menang besar 22-8 ke atas Cook Islands sebelum menewaskan Namibia 17-13.

“Kami bermula baik dengan dua kemenangan kali ini kerana perlu menang untuk layak ke pusingan seterusnya,” kata Siti Zalina.

“Ada dua baki perlawanan selepas ini iaitu menentang Papua New Guinea sebelum menentang tuan rumah Australia. Kami perlu menang sekurang-kurangnya tiga perlawanan untuk ke suku akhir.”

Gandingan Fairul Izwan Abd Moin dan Hizlee Abdul Rais menang pusingan pertama acara pairs 27-13 ke atas India sebelum menewaskan Norfolk Island 21-7.

“Dua perlawanan pertama amat penting bagi kami dan tidak boleh melakukan kesilapan. Kemenangan ini mencerahka­n peluang kami ke suku akhir,” kata Fairul.

“Walaupun esok ada tiga perlawanan lagi, laluannya lebih mudah berbanding hari ini cuma kami perlu lebih berhati-hati.”

Terdahulu, Emma Firyana Saroji melepasi pusingan pertama acara singles wanita menewaskan pemain England, Katherine Rednall 21-11 sebelum mengecewak­an Litia Tikoisuva dari Fiji 20-19 pada pusingan kedua.

Bagaimanap­un pasukan triples lelaki diikat Ireland Utara 16-16 sebelum tewas kepada Cook Islands 10-16.

 ??  ?? ZALINA (kanan) bersama Fairul (kiri).
ZALINA (kanan) bersama Fairul (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia