Harian Metro

‘ANGAH NAK BAWA MAMA PERGI UMRAH’

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz dan Asrol Awang rnorain@mediaprima.com.my

 Ungkapan pertama Azroy kepada ibu selepas sumbang emas sulung untuk kontinjen negara

Rompin

“Angah nak bawa ma (mama) pergi (mengerjaka­n) umrah,” itu ayat pertama yang terpacul daripada mulut Muhamad Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad ketika membuat panggilan video kepada keluargany­a sejurus memenangi pingat emas, semalam.

Ibunya, Rohana Ahmad, 45, jelas sebak dan bersyukur sebaik mendengar hajat yang disampaika­n anak kedua daripada lapan beradik itu.

Malah, ibu tunggal itu mengakui beliau sempat menonton aksi anaknya yang lebih mesra dipanggil Angah menerusi siaran langsung di televisyen kira-kira jam 6.30 pagi.

“Angah berpesan supaya melihat dia beraksi. Jadi, saya bangun jam 4 pagi dan memasak sebelum ke rumah kakak di Kampung Sungai Puteri untuk menonton acara yang disertai Angah bersama ahli keluarga yang lain.

“Ketika Angah diumumkan sebagai pemenang, saya seakan mahu pitam dan tidak percaya kerana anak saya berjaya menyumbang emas untuk negara... perasaan terharu dan bangga semuanya bercampur baur,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sepakat, semalam.

Azroy yang bertanding dalam kategori 56 kilogram (kg) bukan saja memenangi emas pertama negara di Gold Coast, tetapi turut memecahkan dua rekod Sukan Komanwel, kedua-duanya milik Amirul Hamizan Ibrahim dalam acara snatch dan ang-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia