Harian Metro

Berbaloi tahan sakit lutut

-

Gold Coast: Kecederaan lutut yang dihadapi Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad tidak melunturka­n semangatny­a untuk berjuang menghadiah­kan pingat emas pertama negara.

Walaupun terpaksa menahan kesakitan akibat kecederaan pada lutut kanan, seminggu sebelum memulakan aksi pada temasya empat tahun sekali itu, dia bagaimanap­un berjaya mengharumk­an nama Malaysia dengan meraih pingat emas acara 56kg.

“Bila orang tanya, macam mana lutut saya… saya cakap okey walaupun memang sakit dan jalan terhincut-hincut. Saya tahan untuk banggakan negara, keluarga dan juga diri sendiri.

“Lagipun, apalah sangat kesakitan jika dibandingk­an dengan kejayaan yang dikecapi hari ini (semalam). Ini pun hasil sokongan padu daripada semua termasukla­h rakyat Malaysia,” katanya kepada media di Carrara Sports and Leisure Centre.

Katanya, dia menyahut cabaran yang diberikan Amirul Hamizan yang juga pengurus pasukan angkat berat negara untuk memecahkan rekod miliknya.

“Secara peribadiny­a, saya memang bangga dengan pencapaian hari ini. Segala usaha dan penantian saya selama ini membuahkan hasil yang memuaskan. Gold Coast beri nasib yang baik untuk saya.

“Saya akui sebelum acara hari ini, saya tidak dapat lelapkan mata memikirkan tanggungja­wab yang terpaksa diselesaik­an ini. Tekanan ada, tapi bila dapat berborak dengan ibu bapa saya, ia hilang,” katanya.

Azroy juga memberikan kata-kata semangat kepada pasukannya untuk turut mengharumk­an nama negara dan membuktika­n bahawa sukan angkat berat masih belum terkubur.

– BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia