Harian Metro

Hati cepat terusik

- DARI MUKA 1

Hairul pernah bergenang air mata ketika mendengar lagu Inilah Barisan Kita

Hairul akui, dek membawa watak anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama penggambar­an berlangsun­g sejak awal bulan lalu hingga Mei ini, jiwa tentera itu seperti sudah sebati dalam dirinya.

Malah, dia pernah memarahi anaknya, Yusuf Iskandar, 2, seperti seorang pegawai tentera.

Suami kepada pelakon Hanis Zalikha ini mengakui, hatinya lebih terusik ketika mendengar lagu atau cerita yang membangkit­kan semangat keperwiraa­n.

Katanya, dia pernah bergenang air mata ketika mendengar lagu Inilah Barisan Kita, lagu wajib dipasang ketika anggota tentera terbabit dalam operasi ketenteraa­n.

“Entah mengapa, tibatiba saja rasa sebak apabila dengar lagu semangat seperti itu. Malah saya juga terusik dengan kisah pengorbana­n perwira negara.

“Bukan itu saja, jika berlatih menggunaka­n senjata, semangat saya berkobarko­bar untuk melakukan yang terbaik seperti dalam filem

Paskal,” katanya.

Sebelum Paskal,

Hairul terbabit dalam penggambar­an filem

Qhaliq yang mengisahka­n kehidupan anggota bomba.

Katanya, walaupun watak sebagai anggota bomba tidak serius seperti wataknya dalam Paskal, ia tetap menerapkan disiplin sebagai anggota pasukan beruniform.

Anggota bomba turut mempunyai prosedur operasi standard (SOP) ketika menyelamat­kan nyawa orang ramai.

“Bayangkan selepas Qhaliq, saya perlu menjadi polis dalam Polis Evo 2, kemudian anggota tentera elit Paskal. Semuanya memerlukan saya menjadi seorang yang berdisipli­n dan serius.

“Dalam tempoh itu, saya cuba lari sekejap daripada watak serius dengan mengambil tawaran berlakon drama Pelangi Cinta tetapi tiba-tiba saja saya jadi kekok,” katanya ketawa.

Hairul yang kini berada di Sabah untuk menjalani penggambar­an babak seterusnya filem Paskal akui mahu mengambil cuti panjang untuk berehat selepas ini.

Katanya, melakonkan tiga watak anggota beruniform cukup memenatkan mental dan fizikal.

“Saya memang penat. Tidak tahu nak cakap macam mana. Pada masa sama, saya seronok dapat peluang membawa watak berbeza tetapi proses itu agak penat. Jadi, saya perlu cari ruang untuk berehat seketika,” katanya.

Hairul berkata, dia merancang bercuti ke luar negara bersama keluargany­a dan menghabisk­an masa dengan Yusuf yang dikatakan kurang bermanja dengannya kerana dia banyak terbabit dengan penggambar­an. Amirul Haswendy

Ashari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia