Harian Metro

Jom sama-sama meriahkan suasana

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Gegaria Fest diteruskan esok di Dataran Centrio

Seremban 2

Kehangatan Gegaria Fest diteruskan esok di Dataran Centrio Seremban 2, Negeri Sembilan yang menjadi lokasi keenam program popular ini dengan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung.

Semestinya pengunjung tidak mahu melepaskan peluang bertemu selebriti dan personalit­i media sosial tempatan yang cukup berpengaru­h.

Antara aktiviti yang paling mendapat sambutan ialah Fitness Dance. Seawal jam 8.30 pagi pengunjung boleh bertemu dengan dua jurulatih zumba terkenal iaitu Hanif Shawn dan Izzat Zin.

Bukan setakat kecergasan, pengunjung turut berpeluang mendapatka­n barangan eksklusif Gegaria dengan mendaftar menerusi platform rasmi sosial media Gegaria Fest.

Di semua lokasi sebelum ini, zumba menjadi aktiviti wajib dan jumlah penyertaan juga tidak pernah mengecewak­an.

Aktiviti ini tidak terlalu ekstrem sebaliknya setiap gerakan disusun bagi disesuaika­n semua peringkat umur yang menyertain­ya.

Di lokasi ini juga, pengunjung berpeluang bertemu lebih ramai selebriti dan ‘influencer’ media sosial yang akan berkongsi pelbagai input mengenai kecantikan, kerjaya, fesyen, kesihatan dan seni di gerai Lifestyle.

Aktiviti di gerai berkenaan akan bermula dari jam 10 pagi hingga 6.30 petang. Semestinya ia peluang keemasan untuk pengunjung beramah mesra dan mengambil gambar bersama mereka.

Antara selebriti dan ‘influencer’ terbabit ialah Ejen Ali, Myra Zainal,

Datin Diana Danielle, Naz Rahman, Azira Shafinaz, Shalma Ainaa, Vikar, Faizdickie, Wani Kayrie, Scha Al Yahya, Awal

Ashaari, Elfira Loy, Bunkface dan Reen Rahim.

Apa yang pasti, jadual pengunjung akan padat dengan pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan dari jam 8 pagi hingga 11 malam.

Tidak cukup dengan itu, pengunjung juga akan disajikan dengan konsert Gegaria yang akan berlangsun­g pada sebelah petang dan malam. Artis yang akan menggegark­an pentas itu terdiri daripada Izzue Islam, Noh Salleh, Orkes A Hizadin, W.A.R.I.S, Kugiran Masdo, Bunkface dan Gerhana Ska Cinta.

Gegaria Fest edisi kelima yang berlangsun­g di pekarangan Pusat Pameran & Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur, Sabtu lalu menerima kejutan apabila dihadiri pengunjung paling ‘havoc’ sewaktu konsert pada sebelah malam.

Di konsert itu, pengunjung dihiburkan dengan persembaha­n artis popular tanah air seperti

Noh Salleh, Akim & The Majistret, Kugiran Masdo, Bitterswee­t dan Bunkface.

Paling mendapat sorakan padu daripada ribuan penonton adalah ketika Kugiran Masdo tampil di pentas mempersemb­ahkan lagu antaranya Selamat Tinggal Pujaan, Bunga dan Berchanda di Malam Indah.

 ??  ?? WANI Kayrie turut hadir untuk sesi ramah mesra.
WANI Kayrie turut hadir untuk sesi ramah mesra.
 ??  ?? KUGIRAN Masdo antara yang membuat persembaha­n.
KUGIRAN Masdo antara yang membuat persembaha­n.
 ??  ?? AKTIVITI Fitness Dance antara tarikan utama.
AKTIVITI Fitness Dance antara tarikan utama.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia