Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV3, 10 malam The Incredible Hulk

Mengisahka­n seorang saintis, Bruce Banner yang masih trauma selepas terbabit dalam kemalangan ngeri mengorbank­an isteri kesayangan­nya, Laura.

Bermula kejadian itu, Bruce obses mencari formula untuk menjadikan manusia semakin kuat dan kebal.

Dengan bantuan seorang teman lama, Elaina Marks, Bruce melakukan beberapa demonstras­i untuk menguji kekuatan sebenar manusia.

Dia akhirnya menemui formula menambah kekuatan fizikal manusia dan menjadikan dirinya sebagai uji kaji.

Pada awalnya, eksperimen Bruce tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan tetapi semuanya berubah apabila dia tercedera ketika menukar tayar kereta yang pancit.

Tiba-tiba satu metafora mengejutka­n berlaku dan Bruce bertukar menjadi makhluk gergasi berwarna hijau bernama Hulk yang cukup menakutkan.

Makhluk itu memecahkan keretanya dan mencampakn­ya ke dalam sebuah parit yang besar.

Apabila terjaga dari tidur, Bruce keliru dan bingung dengan apa yang terjadi kepadanya.

Dia meminta bantuan Elaina untuk mengubah kondisinya untuk kembali kepada asal.

Namun, kerja mereka tidak mudah kerana diganggu sekumpulan wartawan yang menyiasat misteri Hulk yang melakukan beberapa kekacauan.

PELAKON: Edward Norton, Liv Tyler, Tim Roth, Tim Blake Nelson, Ty Burrell dan William Hurt

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia