Harian Metro

Tidak guna sebarang antibiotik

-

Cari lokasi sesuai antara cabaran utama kerana ladang mesti jauh dari kawasan kediaman

DARI MUKA 1

“Sepanjang menimba ilmu itu, saya percaya dan yakin ternakan AKK sangat berpotensi untuk diusahakan serta boleh mendatangk­an pendapatan lumayan.

“Sejak memulakan perniagaan pada 2016 dan hingga kini, saya mempunyai kirakira 80,000 ekor AKK membabitka­n empat reban yang setiap reban boleh memuatkan 20,000 AKK pada satu masa.

“Saya mendapatka­n anak AKK ini dari Pulau Pinang dan Johor sebelum mempunyai pusat penetasan sendiri yang akan beroperasi sepenuhnya di Dungun, Terengganu, Julai ini.

“Ayam ini akan matang dalam tempoh 50 hari dengan berat antara 1.25 hingga 1.35 kilogram (kg) yang dijual segar atau diproses,” katanya yang ditemui di ladangnya di Bukit Perah, Tanjung 12, Banting, Selangor, barubaru ini.

Haris yang berkelulus­an ijazah sarjana muda dan sarjana dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, ternakan AKK itu tidak menggunaka­n sebarang antibiotik kerana syarikatny­a memberikan makanan yang mengandung­i organisma mikro bermanfaat (EM).

“AKK ini akan dijual secara hidup dan diproses mengikut permintaan pelanggan sementara setiap AKK ini juga mempunyai gred selepas disembelih dan diproses iaitu bagi saiz S (600 hingga 700 gram) dijual pada harga RM9.50 seekor, saiz M (800 hingga 900 gram) berharga RM11.50 sementara saiz L (900 gram hingga 1.15 kg) pula berharga RM13.

“Permintaan AKK ini sangat memberangs­angkan hingga saya tidak dapat memenuhi kehendak pelanggan. Hampir setiap hari pelanggan datang ke ladang untuk membeli AKK sama ada dalam kuantiti yang banyak atau sedikit.

“Saya akan pastikan setiap reban sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat bagi mengelak jangkitan penyakit. Jika tidak dipantau ia akan

 ??  ?? SEBAHAGIAN anak AKK yang berusia seminggu.
SEBAHAGIAN anak AKK yang berusia seminggu.
 ??  ?? EKSEKUTIF Jualan dan Pemasaran Arispop Aishah Mardhiah Azlon menunjukka­n AKK yang sudah
matang.
EKSEKUTIF Jualan dan Pemasaran Arispop Aishah Mardhiah Azlon menunjukka­n AKK yang sudah matang.
 ??  ?? PEKERJA menangkap AKK yang sudah matang untuk
dijual.
PEKERJA menangkap AKK yang sudah matang untuk dijual.
 ??  ?? AKK perlu ditimbang berat sebelum
dijual.
AKK perlu ditimbang berat sebelum dijual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia