Harian Metro

Siswazah usaha tanaman timun tua

- Roselan Ab Malek rencana@hmetro.com.my

Tanam 4,000 beg semaian di Pusat Pertanian Temin, Jerantut ekoran permintaan tinggi

Keyakinan terhadap sektor pertanian yang mampu memberi pendapatan lumayan mendorong siswazah, Mohd Zuhri Josoh, 26, menceburka­n diri dalam bidang berkenaan sejak enam tahun lalu.

Pemegang Diploma Pengurusan Ladang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka, Pahang ini tidak menoleh ke belakang dengan mengusahak­an pelbagai projek tanaman.

Antara tanaman yang diusahakan secara bergilir-gilir ialah tembikai wangi (rock melon), timun, timun tua, cili dan terung mini menggunaka­n kaedah sistem fertigasi.

Beliau menyewa tapak di Pusat Pertanian Temin, Jerantut dan setakat ini menanam 4,000 beg semaian timun tua di bawah rumah pelindung hujan (RPH).

Menurutnya, dia berhasrat menambah kepada 10,000 beg semaian kerana timun tua mendapat permintaan tinggi di pasaran selain harga yang baik.

“Walaupun menghadapi pelbagai dugaan seperti harga jatuh dan pokok tidak menjadi, namun itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus maju dalam bidang pertanian ini. Jatuh bangun adalah asam garam dalam apa jua bidang yang diceburi bukan pertanian saja.

“Apa yang penting kita perlu terus berusaha dan segala masalah itu dianggap sebagai cabaran,” kata bapa kepada seorang anak ini.

Mohd Zuhri berkata, beliau memulakan projek tanaman lada merah secara fertigasi dalam skala kecil di tapak Pertanian Temin, dengan modal pusingan RM5,000 pada 2013.

Anak kelahiran

Batu Balai, Jerantut ini berjaya dalam percubaan pertamanya kerana projek itu memberi pendapatan lumayan sekali gus mencetus semangat untuk terus aktif dalam bidang pertanian.

Daripada situ, beliau terus mencuba pelbagai tanaman lain bagi mencari pengalaman baru dan kepuasan diri sekali gus menutup mulut rakan sekampung yang sebelum ini mempertika­i keputusann­ya serta menidakkan kebolehann­ya untuk berbakti kepada tanah.

Mohd Zuhri berkata, menanam timun tua memerlukan perhatian rapi khususnya kelembapan tanah dalam beg semaian.

“Setiap dua jam pokok perlu disiram supaya timun mengeluark­an hasil yang berkualiti. Jika air atau baja tidak mencukupi, daun menjadi kekuningan dan buah akan menjadi bengkok sekali gus menyebabka­n grednya rendah.

“Hanya buah timun yang berkualiti saja digred tinggi dan dijual pada harga yang tinggi sementara buah yang bengkok digredkan rendah serta sukar untuk dipasarkan,” katanya.

Beliau berkata, penggunaan teknologi moden seperti fertigasi dapat mengurangk­an penggunaan kawasan yang luas, banyak tenaga buruh dan pengurusan masa yang teratur.

“Semua hasil timun tua dihantar ke Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Jerantut dan Pasar Borong Selayang selain dijual secara runcit.

 ??  ?? Jika air atau
baja tidak mencukupi, daun menjadi kekuningan
dan buah akan menjadi bengkok sekali gus menyebabka­n grednya rendah
MOHD Zuhri memeriksa timun tua.
Jika air atau baja tidak mencukupi, daun menjadi kekuningan dan buah akan menjadi bengkok sekali gus menyebabka­n grednya rendah MOHD Zuhri memeriksa timun tua.
 ??  ?? ANTARA pelajar Pengurusan Ladang, UiTM Jengka yang membuat latihan di kebun Mohd Zuhri.
ANTARA pelajar Pengurusan Ladang, UiTM Jengka yang membuat latihan di kebun Mohd Zuhri.
 ??  ?? PELAJAR Pengurusan Ladang, UiTM Jengka yang
membuat latihan turut membantu Mohd Zuhri.
PELAJAR Pengurusan Ladang, UiTM Jengka yang membuat latihan turut membantu Mohd Zuhri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia